Gambar Hiasan
Gelombang kedua penyebaran maklumat palsu kononnya berlaku pergaduhan berskala besar di kawasan daerah itu menimbulkan perasaan takut dalam kalangan penduduk tempatan dan dikhuatiri menimbulkan ketegangan di kawasan itu.
Terbaru, individu tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat kononnya berlaku satu kejadian surau dibakar dan pergaduhan di Klang Utama, sehingga beberapa orang awam tercedera.
Mohamad Shukor berkata, keadaan di kawasan itu selamat dan pihak polis tidak menerima sebarang laporan berhubung dakwaan kejadian gaduh di surau Klang itu.
“Saya mohon kepada orang awam supaya tidak panik dan mempercayai khabar angin mengenai pergaduhan besar-besaran yang kononnya sedang berlaku di daerah Klang Utara.
“Sehingga kini, keadaan di Klang Utara masih selamat dan terkawal kerana kita sentiasa melakukan pemantauan untuk terus menjaga keselamatan orang awam,” katanya.
Spekulasi mengenai pergaduhan perkauman itu bermula daripada satu kejadian seorang lelaki berusia 20-an ditetak kerana salah faham dalam kejadian kemalangan antara sebuah motosikal dan Proton Wira pada 11 Julai lalu.

sumber : kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment