Jehan Miskin Sedih Sambut Ramadhan Keseorangan

on Sunday, 21 July 2013

 Seorang lagi artis yang baru sahaja bernikah tahun ini bakal hilang nikmat menyambut bulan Ramadhan sebagai seorang pasangan suami isteri. Jehan Miskin yang isterinya kini berada di Korea terpaksa menerima hakikat tersebut.

Jehan, mengaku sedikit rasa sedih dengan keadaan ini namun beliau tetap mampu tersenyum kerana baginya ini adalah dugaan dibulan yang mulia.

“Buat masa ini saya tak dapat hendak menjawap soalan awak tentang perasaan berbuka puasa pertama kali sebagai seorang suami sebab saya belum berkesempatan menjalani ibadah puasa bersama isteri saya.”

“Ketika ini Isteri saya dia tak ada dekat Malaysia. Mungkin minggu depan baru saya dapat jelaskan perasaan itu kerana dia kembali ke Malaysia pada waktu itu.

“Cuma apa yang saya boleh cakap sedih sedikitlah sebab kena juga buka puasa tanpa dia dah macam bujang je rasanya. Cuma yang bagusnya bila kami berjauhan macam ni buat rasa makin rindu lagi” Tambah Jehan Miskin sambil ketawa kecil.

Bagaimanapun tambah Jehan Miskin lagi, setakat ini segala persiapan bagi menyambut ketibaan syawal sudah dibuatnya sejak dari awal lagi, termasuklah persalinan kebaya buat isteri tercinta.

Untuk tahun pertama menyambut Syawal sebagai pasangan suami isteri tahun ini jelas Jehan, mereka hanya akan beraya di Kuala Lumpur sahaja.
sumber : kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved