Bintang pop sensasi, Justin Bieber yang kini dilaporkan sedang berdating dengan model Jordan Ozuna menyatakan keinginannya untuk mendirikan rumahtangga dengan secepat mungkin.
Justin Bieber, 19, yang mula mengecapi populariti menerusi lagu Baby berkata, dia tidak percayakan cinta tetapi mahu membina keluarganya sendiri.
"Datuk dan nenek saya iaitu Bruce dan Diane Dale adalah role model saya apabila memperkatakan tentang hal sebegini.
"Mereka sangat menyintai antara satu sama lain, selepas bertahun-tahun. Apabila usia saya seperti mereka, saya mahu menyintai isteri saya sepenuhnya sepertimana datuk saya menyintai nenek saya," katanya.
Justin Bieber telah pun berpisah dengan kekasihnya, Selena Gomez, 20, pada awal tahun ini selepas menjalinkan hubungan yang sekian lama dengan penyanyi dan pelakon itu.
Dan kemudian hubungan mereka sentiasa on and off untuk beberapa kali sehinggalah masing-masing mengambil keputusan untuk berpisah terus.
Pada Mei tahun ini, pasangan ini dilihat berbalas pelukan dan ciuman di Billboard Music Awards iaitu selepas Justin Bieber membawa pulang 2 anugerah pada malam itu.
"Selagi kita boleh berbaik, walaupun sudah berpisah, ianya tidak bermaksud kita tidak boleh berkawan dengan orang itu.
"Ramai yang memberikan nasihat tentang hubungan kepada saya. Sabar dan dengar. Saya sedang belajar dan sentiasa menjadi orang yang baik setiap hari," katanya.
sumber : http://www.murai.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment