Lisa Surihani Adakala Tersinggung Bila Ditanya Soal Anak

on Thursday, 4 July 2013



Sedar tak sedar sudah hampir setahun lebih usia perkahwinan pelakon Lisa Surihani dan pengarah hebat Yusri Abdul Halim. Di usia itu, Lisa tidak terlepas dipersoalkan tentang bila akan hadirnya cahayamata dalam keluarganya.

Namun, disebalik senyuman yang menjawab soalan itu jauh disudut hati Lisa adakalahnya dia mengakui agak tersinggung dengan pertanyaan itu.

“Kadang-kala cara pertanyaan tentang soal itu, agak tidak sesuai dan boleh menyinggung perasaan saya tapi saya hanya menganggap cara pertanyaan mereka itu mungkin kerana kurang sensitif tentang perasaan saya.

“Sepatutnya doakan untuk saya dan Yusri dikurniakan zuriat-zuriat yang sempurna sifat dan akhlaknya suatu hari nanti, Alhamdulillah jika mereka mendoakannya untuk kami.

“Tapi saya tak pernah berasa rimas dengan soalan itu jika mereka bertanyakannya dengan cara yang baik dan elok, malah berharap ia menjadi satu doa buatnya dan Yusri.” jelas Lisa.

Lisa dan Yusri diijabkabulkan pada 26 February didalam satu upacara ijab dan kabul yang cukup meriah. Malah majlis perkahwinannya pernah digelarkan “Wedding of the Year” pada tahun 2012 yang lalu.

sumber : http://ohartis.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved