Masih ingat lagi tak pada kisah perkahwinan pelakon, Siti Fazurina yang tidak mendapat restu daripada ibunya? Sejak dari hujung tahun lepas hingga sekarang hubungan Fazurina dan ibunya masih lagi keruh kerana difahamkan pelakon itu berkahwin senyap-senyap tanpa pengetahuan keluarga.
Walaupun ibu Fazurina, Zubaidah membenarkan anaknya bernikah untuk kali kedua pada 20 Mac lalu kerana pernikahan pertama dianggap tidak sah, Zubaidah masih tidak merestui perkahwinan itu.
Namun begitu, kagum dengan pendirian Fazurina yang berniat mahu berjumpa ibunya pada bulan Ramadhan nanti untuk memohon maaf bagi menjernihkan kembali hubungan kekeluargaan.
Fazurina rela beralah dalam persengketaan ini dan berharap perkahwinannya bersama Hykal Zulkifli direstui keluarga terutama sekali ibunya.
sumber : http://www.ohbulan.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment