Rasanya baru sahaja Jimmy Shanley keluarkan kenyataan akan mengadakan sidang media berkenaan berita perkahwinan terbarunya bersama seorang wanita bergelar janda.
Dan setakat siang tadi, pengacara itu masih lagi memberikan jawapan ‘no comment’ setiap kali peminat bertanyakan status terbarunya itu di laman Twitter.
Artikel berkaitan
Kahwin Janda? Jimmy Shanley Bakal Adakan Sidang Media
Tetapi malam semalam, OHBULAN! agak terkejut kerana Jimmy telah memuat naik sekeping foto bersama seorang wanita bertudung dan kanak-kanak perempuan dipercayai anak Jimmy.
Yang menariknya, gambar itu seakan cuba menyampaikan mesej yang mereka sedang berbahagia menikmati makan malam sebagai sebuah keluarga.
Melalui gambar yang dikongsikan di Twitter itu juga, kami anggarkan Jimmy sudah berani atau mungkin telah bersedia untuk berkongsi mengenai kisah perkahwinannya dengan semua orang terutama sekali peminatnya.
Namun sehingga kini masih belum dapat dipastikan siapakah gerangan wanita berkenaan. Jika benar itu adalah isteri baru Jimmy, sama-samalah kita doakan kebahagiaan untuk perkahwinannya kali ini.
sumber : http://www.ohbulan.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment