Aktor Korea Kim Jin Sung Mengaku Sukakan Hanez Suraya

on Wednesday, 26 June 2013



Setelah kisah percintaan yang tidak kesampaian hangat menjadi bualan, kini muncul pula seorang aktor dari Korea mengaku sukakan Hanez Suraya. Apakah perpisahan yang berlaku berpunca daripada orang ketiga?

Aktor Korea Kim Jin Sung yang lebih di mesra dengan panggilan JS, mencetuskan kontroversi apabila dia secara spontan mengakui bahawa dia menyukai Hanez Suraya ketika di interview.

Hanez Suraya sendiri mengakui agak terkejut dengan pengakuan yang dikeluarkan oleh JS dan hanya menganggap bahawa JS sebenarnya tidak begitu faham tentang soalan yang diajukan oleh wartawan kerana kadangkala mereka sering ajukan soalan untuk mengusik sahaja.


“Saya sangat terkejut bila JS cakap yang dia suka kepada saya. Mungkin dia kurang faham dengan soalan yang diajukan. Selalunya, kami akan tampil berdua dalam mempromosikan ‘Autumn Di Hatiku’ memandangkan kadang-kadang dia mempunyai sedikit kesukaran untuk memahami Bahasa Melayu.

“Ketika rancangan tesebut bersiaran pula, dia tampil secara berseorangan dan mungkin dia kurang faham soalan ataupun orang saja mahu mengusik dia,” jelas Hanez yang memegang watak sebagai Nina dalam drama ‘Autumn Di Hatiku’.

“Saya dan JS tiada apa-apa hubungan istimewa. Saya dan dia hanya kawan. Lagipun saya suka berkawan dengan JS kerana dia seorang yang rajin berusaha. Dia tak malu untuk mempelajarai Bahasa Melayu dan tak segan untuk bertanya jika ada sesuatu perkara yang dia kurang faham. JS juga seorang kawan yang baik dan jujur,” ulas Hanez seterusnya menafikan yang JS menjadi punca keretakan hubungan cintanya bersama Awi.

Drama lakonan Hanez dan aktor Korea Kim Jin Sung, Autumn Di Hatiku akan bersiaran di portal Online Tonton bermula 3 Julai 2013 nanti.





sumber : http://ohartis.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved