Bulan lepas, para peminat telah menerima berita baik apabila selebriti kesayangan ramai iaitu Lisa Surihani telah dilantik sebagai duta jenama Sony sempena pelancaran produk terbaru mereka, Sony NEX-3N.
Semalam pula, Sony sekali lagi memilih duta dari kalangan selebriti popular iaitu Zizan Raja Lawak, 29, sebagai duta jenama Sony Malaysia. Menariknya, Zizan hanya bergelar duta bermula semalam sehingga 18 Ogos 2013 sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Pemilihan pelawak popular ini sebagai duta Sony dibuat kerana dia mudah diterima oleh setiap lapisan masyarakat.
“Zizan telah mencipta nama yang baik didalam industri hiburan tempatan dan dia mudah diterima baik tua mahupun muda.
Sebagai penghibur, Zizan mempunyai bakat semulajadi untuk menarik hati para peminat dan disebabkan itu, pemilihannya sebagai duta produk Sony Malaysia adalah sangat bersesuaian,” jelas Ivy Goh, Head of Brand Activation Management, Sony Malaysia.
Tahniah diucapkan pada Zizan. Tak putus-putus rezeki yang datang pada anak kelahiran Terengganu ini.
sumber : http://www.ohbulan.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment