Misha Omar Cabar Tunjukkan Bukti Sebelum Tuduh

on Thursday, 27 June 2013



Mungkin kerana sudah bosan dengan gosip yang tidak berasas, penyanyi yang terkenal dengan lagu Bunga-Bunga Cinta, Misha Omar mencabar individu yang menuduhnya telah berkahwin hingga menyebabkan perkahwinan dengan tunangnya, Firos tertangguh.

Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah Omar, 31, berkata, dia mengenali individu yang menyebarkan fitnah tersebut dan amat kesal kerana tuduhan itu benar-benar mencalarkan reputasinya.
“Saya tidak pernah berkahwin dengan mana-mana lelaki sekalipun. Jika benar saya pernah berkahwin tunjukkan buktinya dan anda boleh merujuk nama saya di mana-mana Pejabat Agama,” katanya



Perkahwinan Misha dan Fiross, 31, kononnya tertangguh disebabkan dia menanti surat cerai daripada bekas suaminya iaitu seorang ahli perniagaan di Kelantan.

Misha dan Firos telah mengikat tali pertunangan dalam satu majlis tertutup di kediaman keluarga penyanyi itu di Kampung Guchil Bayam, Kota Baharu, Kelantan pada 20 Februari tahun lalu. Majlis perkahwinan sepatutnya berlangsung selepas setahun bertunang namun terpaksa ditangguhkan kerana jadual masing-masing yang padat.
“Saya sangat kecewa kerana betapa saya menjaga nama baik saya selama ini, ia dicalarkan dengan tuduhan berkenaan. Saya tahu siapa yang bercakap tentang hal ini dan dia sering mencari kesilapan dan perkara negatif tentang saya. Saya harap lelaki itu tampil jika benar saya pernah berkahwin,” tegas Misha.

Dalam pada itu Misha dan Fiross telah memilih Februari 2014 untuk diijabkabulkan sebagai suami isteri selepas mendapat persetujuan keluarga kedua-dua belah pihak.

sumber :http://ohartis.com/ 
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved