Anak Tiri DiDera Dan DiKurung Macam Banduan

on Wednesday, 26 June 2013

Sedih bila tengok muka depan akhbar Kosmo bila ada lagi kes-kes penderaan kanak-kanak di negara kita ini. lagi menyedihkan anak berusia tujuh tahun disyaki didera oleh bapa tinya sendiri. Macam dah tak ada cara lain untuk menghukum, apalah yang anak kecil ini tahu sebab baru sahaja berusia tujuh tahun. Besar sangat ke kesalahan yang telah di lakukan?. lebih menyedihkan anak kecil ini disyaki di pukul dan di dera serta tidak di berikan makan dan minum. Kesan-kesan luka bernanah pada kaki dan kesan-kesan lebam di mata serta dibadan. Nauzubillah..
.
Anak Tiri Di Kurung Di Dera Macam Banduan

KUALA TERENGGANU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang disyaki diseksa tanpa belas kasihan oleh bapa tirinya ditemui dalam keadaan menyayat hati dengan badannya penuh dengan kesan dicucuh rokok selain dibiarkan kebuluran hingga tidak mampu berjalan.
Penderitaan kanak-kanak itu ditambah lagi dengan kesan bengkak dan melecur di kedua-dua belah kaki, lebam di seluruh badan termasuk mata dan mulut, kesan luka yang telah dijangkiti kuman dan bernanah selain dikurung sejak beberapa bulan lalu di sebuah rumah sewa di Gong Badak dekat sini.
Bagaimanapun, kanak-kanak itu bernasib baik apabila dia dapat diselamatkan pada pukul 5 petang kelmarin selepas seorang jiran bertindak menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Sepasukan anggota keselamatan yang pergi ke rumah itu diselubungi pilu apabila kanak-kanak tersebut terus meminta makanan dalam keadaan terketar-ketar ekoran kebuluran tanpa menghiraukan kesakitan yang dialaminya ketika itu.
Difahamkan, sebelum diselamatkan, jiran mangsa telah pergi ke rumah sewa tersebut setelah terdengar bunyi budak menangis selepas dipukul.


sumber : 
http://www.silenceblogz.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved