Norzafarin Zainal, 48, dan isterinya Azmiyah Ujang, 44, yang datang ke kawasan peranginan itu bersama rombongan sekolah Rabu lalu mendakwa, surau di Batu Lapan, Teluk Kemang berkunci sehingga menyukarkan pengunjung untuk solat.
“Kami mengambil keputusan untuk bertanyakan kepada kakitangan Majlis Daerah Port Dickson yang kebetulan berada di kawasan berkenaan mengenai perkara itu, dan dia memberitahu ada pihak yang bertanggungjawab memegang kunci surau berkenaan.
"Lokasi surau itu strategik tetapi sayang ianya berkunci dan menyukarkan kami untuk bersolat.
"Lebih memalukan apabila ada pelancong luar terpaksa bersolat di gelanggang badminton berhampiran surau berkenaan, sekali gus akan timbul persepsi buruk terhadap negara ini,” katanya ketika ditemui.
Sementara itu, Azmiyah berkata, difahamkan surau berkenaan terpaksa dikunci atas faktor kebersihan susulan terdapat segelintir pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan kemudahan tersebut.
“Selain itu, ia juga mengelakkan individu melakukan maksiat dalam surau itu. Kami faham perkara itu, namun pihak berkenaan juga perlu tahu dan peka pengunjung juga memerlukan kemudahan ini untuk bersolat,”katanya.
sumber:kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment