Menurut Normah, selalunya anak bongsunya itu akan menelefonnya selepas habis waktu kerja untuk bertanya khabar walaupun hanya seketika.
“Dia (Mohd Khairul Amri) sepatutnya dijadualkan balik dari Beijing pada hari Rabu iaitu pada hari kelima kehilangan pesawat MAS itu.
“Tetapi, bila pesawat itu hilang, sebenarnya bila tiba jam 5.30 petang saya tertunggu-tunggu panggilan telefon dari dia,” katanya ketika ditemui di rumahnya dekat Taman Kerayong Makmur.
Turut kelihatan, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Adun Kemayan, Datuk Mohd Fadil Osman dan Jawatankuasa Umno Bahagian Bera.
Menurut Normah, walaupun pelbagai objek ditemui dalam misi SAR, namun tiada petunjuk yang membuktikan ia pesawat MH370 menyebabkan dia yakin Mohd Khairul Amri masih hidup dan akan balik bila-bila masa.
Sementara itu, Ismail Sabri memberitahu, keadaan Normah bertambah baik kehadiran saudara mara termasuk kawan-kawan yang terus memberikan sokongan dan dorongan kepadanya.
“Sebelum ini, dia (Normah) selalu pengsan akibat tekanan yang dihadapi, malah langsung tidak berselera untuk menjamah makanan.
“Syukur, hari ini (kelmarin), dia mampu menyuap sedikit makanan ketika saya menziarahi di rumahnya. Saya harap, dia terus tabah dan sihat untuk menghadapi dugaan ini,” katanya beliau.
Ismail Sabri turut menasihati ahli keluarga atau waris anak kapal dan penumpang MH370 supaya tidak menerima spekulasi yang disebarkan laman sesawang atau laman sosial, sebaliknya mendengar pengumuman dari pihak berwajib sahaja.
Difahamkan, setiap hari MAS akan menghubungi keluarga atau waris untuk memberitahu perkembangan terkini misi pencarian pesawat terbabit.
sumber: kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment