Keith Foo Nafi Minta Bayaran Setinggi RM20,000

on Wednesday, 16 April 2014

Menerusi sebuah akhbar tempatan baru-baru ini, pelakon yang namanya melonjak naik menerusi drama rantaian Ariana Rose, Keith Foo didakwa meminta RM20,000 untuk berlakon dalam telefilem terbitan dan arahan seorang penerbit drama yang cukup aktif, Shahrul Ezad.

Akhbar tersebut melaporkan, Shahrul berang apabila pelakon yang terlebih dahulu membina nama dalam pasaran filem Indonesia itu meminta bayaran yang tidak masuk akal.

Apa yang membuatkan penerbit itu lebih sakit hati apabila ada pula penerbit lain yang membalas kenyataan dan berkata mampu membayar Keith seperti yang diminta.

Artikel itu juga menyebut, selama tiga tahun Keith berlakon di Malaysia, dia seharusnya sudah cukup arif bagaimana industri penerbitan filem dan drama tempatan bergerak. Bajet untuk sebuah telefilem yang diterima penerbit untuk sesebuah karya mereka pula hanya RM120,000. Bajet tersebut hanya diberi oleh stesen televisyen RTM.

Stesen televisyen lain, sama ada swasta atau berbayar, hanya memperuntukkan bayaran untuk satu telefilem sebanyak RM80,000. Malah, harga paling tinggi untuk pelakon gred A memegang watak utama seperti Fasha Sandha tidak lebih RM12,000.

Justeru, tindakan Keith meminta bayaran sehingga RM20,000 disifatkan sebagai tidak wajar. Keith yang mengulas isu tersebut menafikan beliau meminta bayaran sehingga RM20,000 seperti didakwa.

"Tidak benar. Saya tidak pernah demand harga seperti itu. Siapa yang pernah bekerjasama dengan saya tahu sama ada saya jenis yang demand atau tidak. Saya tidak terkejut. Benda seperti ini akan terjadi kepada semua artis.

Selain mengakui dirinya tidak pernah berjumpa dan mengenali Sharul, Keith juga sebolehnya enggan perkara tersebut terus diperbesar-besarkan.

"Kalau boleh saya tidak mahu perkara ini diperbesar-besarkan. Saya bukan jenis orang yang suka cari kontroversi. Banyak penerbit yang ingin bekerjasama dengan saya. Mereka tahu siapa saya sebenarnya."
sumber; kezoom

Kekasih Hanez Suraya, Romzie & Nurliyana Akan Bercerai Cara Baik

Kekasih kepada pelakon Hanez Suraya, Romie Razin Adilha Abd. Jais akan bercerai secara baik dengan isterinya, Nurliyana Manan jika proses kes tuntutan cerai secara fasakh pasangan itu ditukarkan dengan permohonan baharu.

Peguam syarie yang mewakili Nurliyana, Kamar Ainiah Kamaruzaman berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan peguam syarie Romie, Rubiah Jaafar sebelum kes tersebut didengar petang semalam.

Menurut beliau, pihaknya bersetuju dengan cadangan Rubiah supaya kes tersebut diselesaikan secara rundingan dengan kemungkinan besar Romie akan memasukkan permohonan kes baharu di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 iaitu bercerai secara baik.

Hakim Syarie, Zainal Abidin Kusmin menetapkan 16 Jun depan bagi mahkamah mengetahui keputusan perbincangan tersebut sama ada Romie akan memfailkan kes baharu iaitu bercerai secara baik atau perbicaraan kes tuntutan fasakh yang difailkan Nurliyana akan berjalan seperti biasa.

Nurliyana, 29, selaku plaintif memfailkan permohonan cerai secara fasakh terhadap Romie pada 1 Oktober tahun lalu mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Nurliyana yang hadir kelihatan tenang sepanjang prosiding semalam manakala Romie, 34, tidak hadir disebabkan masalah kesihatan.Sepanjang perkahwinan mereka, pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki.
sumber:kezoom

Van Masuk Loji Kumbahan: Ibu Tak Salahkan Sesiapa, Mangsa Trauma

Kesemua lima kanak-kanak mangsa van menggelongsor ke dalam loji kumbahan yang kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Begitupun, ada di kalangan kanak-kanak terbabit yang masih trauma dengan kejadian yang berlaku di
Taman Universiti itu pada Isnin.

Salah seorang mangsa, Sakinah Roslan, 5, mengakui masih terbayang keadaan ketika van yang mereka naiki terjunam ke dalam loji kumbahan mengakibatkan salah seorang rakannya meninggal dunia.

Menurut Sakinah, selepas menaiki van terbabit, terdapat beberapa orang rakannya yang berebut-rebut untuk ke bahagian tempat duduk hadapan sebelum secara tiba-tiba van berkenaan bergerak sendiri.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 pada Isnin, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun, Muhammad Azri Afiq Azhar meninggal dunia selepas van sekolah yang dinaiki menggelongsor ke loji kumbahan manakala lima lagi dimasukkan ke HSA untuk rawatan.

Seorang kanak-kanak, Nur Aima Razak, 5, yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) juga kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, ibu Sakinah, Nor Aisah Kassim mengakui redha dengan keadaan yang berlaku dan tidak pernah menyalahkan guru tadika mahupun pemandu van berkenaan.

Malah, Nor Aisah bersyukur kerana seorang lagi anaknya yang berusia 6 tahun, tiada di dalam van terbabit ketika kejadian.

Dalam pada itu, pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga Johor, Asiah Md Ariff berkata, insiden terbabit hanyalah kes terpencil dan percaya pemandu terbabit telah mengikut prosedur yang betul.

"Memang dari segi keselamatan, saya rasa pemandu van itu bertanggungjawab. Dia sudah matikan enjin dan sebagainya. Cikgu pun sama membantu. Kita tidak tahu di mana silapnya sehingga van itu boleh menggelongsor sampai masuk ke loji kumbahan itu," kata beliau.

Sementara itu Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) menasihatkan orang ramai agar tidak meletakkan kenderaan mereka atau apa-apa halangan di mana-mana pintu masuk loji olahan kumbahan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

"Ini adalah kerana loji olahan kumbahan adalah merupakan kawasan operasi yang merbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan. Oleh itu, orang ramai juga dinasihatkan agar mematuhi arahan-arahan dan papan tanda yang dipamerkan di sekitar kawasan loji olahan kumbahan," kata syarikat berkenaan menerusi satu kenyataan.
sumber:kezoom

Prof Izzi Minta Rehat Hingga Kontroversi Selesai - Reaktor UITM

Menerusi perkembangan terkini kes membabitkan Prof Izzi dengan seorang pelajar, pihak Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis mengesahkan pensyarah yang juga pakar motivasi terkenal sudah meminta pihak pengurusan institut pengajian tinggi itu untuk merehatkan dirinya buat sementara waktu.

Tindakan itu dibuat oleh pensyarah berkenaan berikutan kontroversi yang tersebar meluas di media sosial mengaitkan dirinya dengan perbuatan salah laku dengan seorang pelajarnya.

Rektornya Prof Datuk Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman berkata, sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu, pihaknya bertindak memanggil pensyarah berkenaan demi reputasi universiti itu.

“Sebagai ketua, saya bertindak memanggil pensyarah berkenaan untuk berbincang sebelum beliau meminta untuk bercuti bagi menenangkan diri sehingga kes selesai.

“Malah, pelajar yang membuat laporan polis berkenaan juga kini sedang bercuti semester di kampungnya,” kata Reaktor UiTM, semalam.

Menurutnya, tindakan pelajar berkenaan membuat laporan polis mendakwa dirinya dicabul kehormatan oleh pensyarah berusia 40-an itu ketika di bilik lelaki berkenaan adalah hak individu masing-masing.

“Itu hak pelajar berkenaan untuk membuat laporan polis, sebagai rakyat Malaysia tiada seorang pun dihalang untuk berbuat demikian.

“Malah, saya tegaskan di sini, pihak UiTM tidak pernah berdiam diri dan sentiasa menjaga imej baik institusi pengajian ini, kita juga sudah mengambil tindakan yang sepatutnya dan yang lain serah kepada polis untuk menjalankan siasatan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, tidak sepatutnya laporan polis dan maklumat peribadi pelajar berkenaan disebar meluas ke dalam laman sosial Facebook dan blog.

“Saya kesal dan sedih perkara ini tersebar begitu cepat berikutan membabitkan maruah kedua-dua mereka. Apa yang saya boleh katakan, perkara ini masih dalam siasatan pihak polis,” katanya.
sumber:kezoom

Engku Emran Enggan Komen, Bakal Bercuti Ke New York

Meskipun dilihat bersikap terbuka di laman Instagramnya, namun Engku Emran Engku Zainal Abidin dilihat mengambil sikap berbeza bersama media.

Ditebak mengenai luahannya yang sebelum ini seolah-olah mahu merujuk semula dengan Erra Fazira, Emran mengambil langkah selamat untuk tidak memberi ulasan panjang.

"Maaf saya tiada nak komen apa-apa," ujar Emran kepada Zass menerusi mesej aplikasi WhatsApp. Sabtu lalu, Emran, 39, menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik gambar anak mereka Engku Aleesya, 5, yang memakai baju dengan tulisan #prayformomandayah.

Menerusi kapsyen foto tersebut, Emran telah meluahkan hasrat ingin memenangi hati Erra semula dan mengaku masih mempunyai perasaan cinta terhadap bekas isterinya itu.

Kenyataan Emran membuatkan rata-rata peminat memberi reaksi positif dengan meletakkan hashtag #prayformomandayah sebagai tanda sokongan dan mendoakan agar hubungan kedua-dua pasangan itu terjalin semula.

Bukan itu sahaja, Emran juga menerusi Instagram miliknya (@ iamkumbre) telah memuat naik gambar sekitar kota New York pada waktu malam dengan menyatakan perancangan untuk membawa Aleesya bercuti ke New York, Amerika Syarikat sebelum anaknya itu melangkah ke tadika September ini.

Kemudian dalam kapsyen pada gambar sama, Emran turut memasukkan dialog antara dia dan Aleesya di mana Aleesya bertanya:

“Macam mana dengan ibu, ayah?” dan Emran menjawab: "Ya, dia boleh ikut sama. Apa kata Aleesya tanya sendiri pada ibu, jika dia mahu ikut kita ok."

Kata-kata itu juga mendapat sokongan ramai dan peminat juga amat mengharapkan percutian keluarga itu akan menjadi suatu kenyataan. Emran dan Erra telah bercerai pada 18 Februari lalu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, dekat sini dengan talak satu. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2007. 
sumber: kezoom

2 Lelaki Terjun Kolam Kumbahan Cuba Selamat 6 Kanak-Kanak

 Tanpa menghiraukan bau meloyakan dan sisa kotor, dua lelaki nekad terjun ke dalam loji kumbahan demi menyelamatkan enam kanak-kanak yang terperangkap dalam sebuah van yang menggelungsur ke dalam kolam itu di Taman Universiti, semalam.
Usaha mereka berjaya menyelamatkan lima mangsa, namun seorang lagi, Muhammad Azri Aqif Azhar, 4, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Taman Universiti, dipercayai kerana lemas akibat kejadian jam 12.15 tengah hari itu.

Lima mangsa yang terselamat, Nur Aima Abd Razak, Sakinah Roslan, Muhammad Hadif Syauqi Samsol Akamal, semua berusia lima tahun serta Danial Aiman Hakimi Md Gefri, 6, dan Daniel Asyraf Abdullah, 4, kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Seorang penduduk yang terjun ke dalam kolam berkenaan, Mohd Hanafi Jaafar, 46, berkata kejadian berlaku dengan pantas menyebabkan semua kanak-kanak terbabit tidak sempat menjerit meminta tolong.

“Saya sempat melihat kejadian itu lalu bersama rakan, Muhammad Nor Said, 31, bergegas ke kolam dan spontan terjun ke dalamnya untuk menyelamatkan mereka. Tidak terlintas langsung ketika itu soal bau busuk atau air kumbahan yang kotor,” katanya.

Ketika kejadian, Hanafi berkata, beliau sedang memangku seorang anak jirannya berhampiran van berkenaan yang diletakkan di situ oleh pemandunya

“Tiba-tiba van itu mengundur. Walaupun saya cuba menahannya, ia tetap bergerak dengan laju sebelum merempuh pagar loji dan terus terhumban ke dalam kolam kumbahan. Saya dan seorang jiran kemudian terus berlari ke arah loji itu, nekad terjun bagi menyelamatkan kanak-kanak dalam van berkenaan.

“Mulanya kami berjaya mengeluarkan lima kanak-kanak sebelum seorang pembantu TADIKA menjerit memberitahu ada seorang lagi masih terperangkap dalam van menyebabkan saya menyelam semula. Saya berjaya membawa naik kanak-kanak terakhir dalam van itu dan ketika itu mangsa masih bernyawa.

“Pihak bomba yang tiba di lokasi tidak lama kemudian terus memberi bantuan pernafasan kepada semua mangsa sebelum mereka dibawa ke Klinik Kesihatan Taman Universiti,” katanya.

Hanafi berkata, kolam kumbahan berkenaan dianggarkan sedalam lebih satu meter dan ketika tenggelam, van berkenaan dalam keadaan senget dengan hanya pintu di sebelah pemandu dapat dibuka.

Sementara itu, Muhammad Nor berkata, ada kanak-kanak yang sempat keluar menerusi tingkap van itu sebelum dibawa naik ke tebing kolam terbabit.

“Kami ambil masa lima minit untuk menyelamatkan semua kanak-kanak dalam van itu. Keadaan dasar kolam yang agak licin menyukarkan pergerakan, namun saya nekad menyelamatkan mereka,” katanya.
sumber:kezoom

Wardina Safiyyah tegur ceramah Ustaz Don Daniyal di facebook

Model tudung dan pengacara terkemuka, Wardina Safiyyah meminta para ulama, ustaz dan mufti di Malaysia supaya menyemak semula isi kandungan ceramah Ustaz Don Daniyal kerana dikhuatiri menyebarkan maklumat tanpa rujukan.

Sebelum ini, Wardina pernah berkongsi satu video berjudul KOMPILASI HADIS PALSU DAN PENDUSTAAN DON DANIYAL dari seorang wanita yang bernama Nur Puteri Dayana.

Perkongsian tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dari kalangan orang ramai sehingga ada yang menyokong malah tidak kurang juga menghentam tindakan Wardina menegur Ustaz Don secara terbuka. Mari baca status panjang lebar beliau di facebook.



sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/

MH370: Data Pertama Bluefin-21 Dianalisis


AUV yang dinaikkan semula selepas turun ke dasar laut untuk untuk melakukan pencarian pesawat MH370 di Lautan Hindi pada Isnin.

PERTH: Data yang dikumpulkan selama enam jam menerusi misi sulung kenderaan dalam air automatik (AUV) Bluefin-21 pada Isnin telah diekstrak dan dianalisis.

Ketua penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Ketua Marsyal Udara (Bersara) Angus Houston berkata AUV itu yang dilengkapi dengan ciri keselamatan, kembali ke permukaan, selepas mencecah had kedalaman 4,500 meter.

Houston, dalam kenyataan di sini pada Selasa berkata Bluefin-21 akan digerakkan semula, apabila cuaca mengizinkan.

Operasi mencari memasuki hari ke-39 pada Selasa.

Ketika mengumumkan penggunaan Bluefin-21 semalam, Houston menjelaskan setiap misi Bluefin-21 akan memakan masa sekurang-kurangnya 24 jam, termasuk empat jam untuk memuat turun serta menganalisis data yang dikumpul.

Beliau juga berkata misi AUV berikutnya, antara lain, akan bergantung kepada analisis data yang dikumpul dalam misi pertama Bluefin-21 dilengkapi sistem pengesan sonar menggunakan bunyi akaustik untuk menghasilkan peta tiga dimensi di dasar laut dalam usaha mencari sebarang serpihan.

AUV diturunkan dari kapal Ocean Shield semalam, ke kawasan 40 kilometer persegi bagi meneruskan misi pencarian MH370 di dasar laut, memandangkan tiada isyarat sah dikesan oleh alat pengesan pinger yang ditunda (TPL) sejak Selasa lepas.

Houston juga mengumumkan semalam tompokan minyak dikesan di kawasan sama empat isyarat dikesan TPL sebelum ini.

Sementara itu, beliau berkata sembilan pesawat tentera, dua pesawat awam dan 11 kapal akan menyertai operasi hari ini bagi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370.

Bagi kawasan pencarian visual, beliau berkata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia merancang meliputi kawasan seluas 62,063 kilometer persegi, dengan pusat kawasan carian terletak kira-kira 2,170 kilometer ke barat laut Perth.

"Ramalan cuaca hari ini angin timuran selatan dengan hujan dan ribut petir, keadaan laut berombak setinggi dua meter dan tahap penglihatan lima kilometer," katanya.

Penerbangan MH370 bersama 239 orang berlepas pada 8 Mac dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian diperluas ke Selat Melaka serta Laut Andaman dan kini di selatan Lautan Hindi.

Analisis yang dibuat terhadap data satelit menunjukkan pesawat itu terbang di sepanjang laluan yang dikenali sebagai 'koridor selatan' dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

Pada 24 Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".
sumber: http://www.mstar.com.my/

Pemandu Kren Maut, Jatuh Dari Tingkat 11

on Tuesday, 15 April 2014

Seorang pengendali kren maut apabila kren yang dipandunya jatuh dari tingkat 11 sebuah bangunan di tapak pembinaan di Ara Damansara, Kuala Lumpur pagi tadi (Selasa).

Mangsa seorang lelaki berusia 26 tahun yang berasal dari Johor, maut selepas terjatuh bersama kren yang patah kira-kira pukul 9 pagi.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 9.01 pagi dan tiba di tempat kejadian 20 minit kemudian.

"Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 7, Petaling Jaya bergegas ke tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Sementara itu, semasa ditemui di lokasi kejadian seorang pekerja warga Pakistan dikenali sebagai Ali, 34, berkata beliau berada di tingkat bawah tanah bangunan terbabit ketika kejadian berlaku dan hanya menyedari selepas mendengar jeritan orang ramai.

"Saya dengar ramai orang jerit supaya lari dan keadaan menjadi kecoh sebelum melihat kren terbabit jatuh ke tanah," katanya yang baru tiga bulan bekerja di tapak pembinaan terbabit.

Kes disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
sumber: kezoom

Pesawat Airbus A320 & A319 Myamar Airways Berlanggar

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan ekoran perlanggaran antara pesawat Airbus A320, XY-AGT milik Golden Myanmar Airlines dengan pesawat Airbus A319, XY-AGR milik Myanmar Airways International semalam.

Kemalangan tersebut dilaporkan berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon berlaku pada awal pagi, menurut komen yang ditulis oleh pengguna laman Twitter yang berada di tempat kejadian.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh laman web Aviation Safety Network, pesawat A320 telah melanggar bahagian kanan belakang pesawat A319.

sumber:kezoom

Lagi Mayat Siap Di Kafan Di Temui Di Tepi Jalan


Penduduk tempatan kecoh sekali lagi apabila satu mayat siap berbungkus ditemui di tepi jalan di Bukit Minyak, Pulau Pinang pagi tadi.

Mayat berbungkus dijumpai di Lorong 4, Kawasan Perindustrian Bukit Minyak, Pulau Pinang.

Ini merupakan penemuan ketiga mayat berbungkus ditemui di kawasan ini setelah kali pertama dan kedua pada bulan Januari dan Febuari yang lepas.

Pihak polis telah pergi ke tempat kejadian setelah dimaklumkan oleh orang ramai.

Sumber-terengganutoday

Bediri Lima Jam Pegang Kadbod Atas Arahan Hukuman Makamah



EUCLID SELATAN, Ohio - Seorang lelaki, Edmond Aviv menghabiskan masa selama lima jam di sebatang jalan raya di sini kelmarin dengan duduk di sebelah kadbod yang mengaku dirinya seorang pembuli.

Aviv yang berusia 62 tahun tidak menghiraukan bunyi hon kenderaan dan orang ramai yang datang untuk bercakap dengannya berhubung perbuatannya itu.

Dia melakukan perbuatan itu selepas didapati bersalah membuli seorang wanita yang juga jirannya.

Jirannya itu mendakwa Aviv membuli dia dan anaknya yang kurang upaya sejak 15 tahun lalu.

Namun, Aviv tidak membuat sebarang pengakuan di mahkamah berhubung dakwaan melakukan jenayah kecil itu.

Hakim Mahkamah Perbandaran, Gayle Williams-Byers kemudian mengarahkan dia memegang kadbod tersebut selama lima jam.

Williams-Byers turut memilih ayat yang menunjukkan pengakuan Aviv itu.

Aviv tiba di lokasi dia memegang kadbod itu pada pukul 9 pagi waktu tempatan.

Beberapa orang turut merakamkan gambar Aviv semasa mereka melintasinya.

Seorang pegawai mahkamah dan seorang peguam bela Aviv turut memantau perbuatan lelaki tersebut.

Lelaki itu pernah menggantung tin minyak tanah pada kipasnya supaya bau minyak tersebut dapat dihidu ke rumah jiran wanitanya itu, Sandra Prugh.

Dia melakukan perbuatan itu kerana tidak berpuas hati dengan bau yang datang dari rumah Prugh semasa dia mengeringkan pakaian.

Aviv turut melontarkan kata-kata kesat kepada Prugh semasa dia keluar bersama anak angkatnya yang berkulit hitam.

Lelaki itu turut meludah ke arah jirannya itu beberapa kali.

Aviv juga pernah melontarkan najis anjing ke cermin kereta milik seorang anak Prugh.

Hakim turut mengarahkan Aviv menjalani hukuman penjara selama 15 hari dan menjalani kelas pengurusan marah serta kaunseling. - Agensi
sumber:http://kopilikat.blogspot.com/

Calon Wakil Rakyat Jadi Spiderman Panjat Rumah Untuk Berkempen

Kalau di malaysia cara calon wakil rakyat berkempen ketika maraih undi, biasanya di lakukan dengan cara berceramah atau datang berkumpulan bertemu dengan penduduk di sekitar kawasan berkempen.

Tetapi berlainan dengan calon wakil rakyat di India seorang calon anggota legislatif bernama Gaurav Sharma yang berkempen dengan memakai pakaian Spiderman. Sharma berkempen dengan memanjat dinding di rumah penduduk di Mumbai, India.

Sharma mendapat gelaran The Indian Spiderman kerana aksi kempen yang memanjat dinding rumah bertingkat untuk mengajak warga memilih dirinya ketika pilihan raya.








sumber: http://dairishare.blogspot.com/

Gambar Bapa Selamatkan Anaknya Sebelum Mati Di Lenyek Lori

Seorang bapa mengorbankan nyawanya untuk menyelamatkan anaknya dengan menolaknya dari di leyek lori.

Hsiung Kuo menolak anaknya Yong dari terkena roda lori sesaat sebelum kenderaan yang sama melenyeknya hingga mati di Quanzhou City di tenggara China.

Polis berkata anak-beranak itu menungang skuter elektrik yang dipandu oleh Yong, 47, dan bapanya yang berusia 71 tahun ke dalam bandar, di Wilayah Fujian di negara ini.

Imej CCTV menunjukkan anak-beranak itu berhenti sebentar di lintasan dan sebuah lori datang ke kearah mereka dan melanggar skuter mereka, dengan pantas bapa menolak jatuh anaknya dari kenderaan itu.

Seorang bapa yang berani mengorbankan DIRINYA untuk menyelamatkan anaknya kerana dia menolak anak keluar dari bahaya.





sumber: http://dairishare.blogspot.com/

Shah Jaszle biar Instagram jadi laman lucah tanpa tindakan

Sejak laporan Shah Jaszle hanya memakai boxer ketika dicekup khalwat di sebuah apartmen Taman Sri Subang 16 Mei 2013, laman Instagram miliknya kini bukan sahaja menjadi tempat peminat melemparkan tomahan dan kritikan malah komen-komen lucah juga.

Di sebalik sikap mereka yang semakin keterlaluan dan memalukan aktor itu, Shah Jaszle seolah-olah hanya berdiam diri dan tidak langsung memperdulikan apa yang sedang berlaku di laman sosialnya.

Memandangkan Instagram Shah Jaszle dikunjungi hampir 45,000 orang pengikut yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, rasanya tidak elok jika ada kanak-kanak yang terbaca komen lucah berhubung alat sulit jejaka.

Bagi penulis, Shah Jaszle seharusnya perlu lebih peka dengan perkara ini serta bertindak cekap untuk memadam komen-komen negatif dan seterusnya menyekat pengikut berkenaan.
sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/

Gambar Remy Ishak berpesta air di Bangkok, Thailand

 Umum mengetahui, bekalan air di enam daerah iaitu Gombak, Petaling, Klang dan Shah Alam, Kuala Selangor, Kuala Lumpur dan Hulu Selangor terjejas teruk akibat tindakan catuan air sejak 25 Mac lalu.

Tindakan ini diambil kerana paras air di semua empangan Selangor turun secara mendadak melebihi paras rendah yang dibenarkan disebabkan kesan musim kemarau berpanjangan bulan lepas.

Namun begitu, pelakon kacak, Remy Ishak nampaknya mengambil kesempatan ini dengan menikmati pesta air di Bangkok, Thailand.





Menerusi foto-foto yang dimuat naik di laman Instagram, Remy kelihatan cukup teruja bermain air bersama warga Thailand dan pelancong sambil menulis caption berbunyi "Tiada catuan. Simbahhhh!!" di salah satu gambarnya yang dimuatnaik beliau di laman Instagram miliknya.
sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/

Gambar Ana Dahlia dan kekasih mandi sabun

 Difahamkan pelakon Ana Dahlia dan teman lelakinya, Ubai Zulkiflee telah bercuti di kota Bangkok, Thailand baru baru ini berdasarkan beberapa keping gambar yang dikongsikan mereka di laman Instagram masing-masing.

Pasangan ini memilih kota Bangkok sebagai destinasi bercuti bersempena dengan sambutan festival Songkran atau Tahun Baru Thai di seluruh Thailand yang jatuh sekitar 13–15 April setiap tahun. Mereka nampak bahagia bercuti bersama terutamanya ketika mandi sabun di sana.





sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/

Gambar Zizan Razak peluk ibunya di harijadi ke-30

Melalui laman Instagram kelab peminat Zizan, difahamkan kejutan hari ulangtahun kelahiran Zizan Razak telah dibuat di Restoran The Malt & Leaf dengan dihadiri oleh ahli keluarga Emma serta peminat setia pelawak itu.

Namun, perkara yang paling mencuri perhatian penulis ialah sekeping foto yang dimuatnaik menunjukkan Zizan memeluk seorang wanita iaitu ibunya di majlis tersebut. Wow, bijak sungguh Emma mengambil hati bakal ibu mertuanya pula ye.

sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/

Erra Fazira rayu jangan paksa hati dan perasaannya

 Tindakan bekas suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 39, mahu merujuk semula selepas hampir sebulan bercerai mendapat respon positif dari ramai peminat di laman sosial.

Sehingga semalam, kenyataan yang dimuatnaik Emran di laman Instagram miliknya menerima lebih 6000 likes sebagai tanda sokongan mereka agar dua insan ini disatukan semula demi anak tunggal mereka, Aleesya.

Bagaimanapun, Erra yang dihubungi Harian Metro menolak untuk memberikan sebarang ulasan kerana bimbang akan menyentuh hati banyak pihak. Katanya, hasrat bekas suaminya mahu kembali rujuk bukan perkara kecil tetapi turut membabitkan soal hati dan perasaan.

“Ini bukan perkara kecil dan ia membabitkan soal hati dan perasaan. Paling penting ia tidak harus dipaksa-paksa."

"Semua pihak harus bersikap adil dan saya perlukan ruang untuk melalui satu fasa hidup yang baru. Saya banyak diuji dan saya perlu memperkuatkan diri. Tiada perkara lain yang mahu saya fikirkan sekarang ini selain membesarkan Aleesya dengan cara seadil-adil dan sebaik-baiknya.”

Tambah pelakon Teater Suara Kita itu, apabila perkara ditimbulkan Emran itu mendapat maklum balas daripada umum, ia menyebabkan secara tidak langsung meletakkan dirinya dalam situasi tertekan kerana semua pihak cuba mengadilinya.
sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/

Polis SWAT China Maut, di Tikam Kerana Enggan Beratur

Seorang anggota polis bahagian Senjata dan Taktik Khusus (SWAT) di China maut selepas ditikam semata-mata kerana bertengkar ketika beratur untuk memesan makanan segera di sebuah restoran.

Pada kejadian 6.50 petang Khamis lalu, anggota polis yang dikenali sebagai Wan pergi ke Restoran Pizza Hut di Pasaraya Ximei, Yanjiang bersama keluarganya untuk makan.

Ketika beratur untuk memesan makanan, Wan dikatakan bergaduh dengan seorang lelaki kerana menegur tindakannya memotong barisan.


Lelaki yang tidak berpuas hati itu kemudiannya menelefon kawan-kawannya untuk datang membantu.
Salah seorang daripada tiga rakan yang datang menikam Wan dengan pisau pemotong buah di perut sebelum melarikan diri.

Hasil siasatan, pihak berkuasa menahan tiga suspek dikenali sebagai Li, Wang dan Liu yang akan dihadapkan di mahkamah atas tuduhan membunuh.

Kejadian ini mencetuskan pertikaian dalam kalangan orang ramai bagaimana anggota SWAT begitu mudah dibunuh namun dipercayai, si mati mungkin tidak menyangka pertengkaran yang berlaku boleh membuatkan suspek sampai sanggup membunuh.
sumber:kezoom

Pemandu Lori Terselamat Dada Ditusuk Kayu 6 Meter


Keadaan Feng ketika tiba di hospital bersama kerusi pemandu lori.

'BERPANTANG maut sebelum ajal', itulah yang dilalui seorang pemandu lori di China selepas badannya tertusuk kayu pine sepanjang 6 meter dalam satu kemalangan.

Dalam kejadian di Bandar Kaifeng, kayu pine itu tertusuk menembusi dada Li Feng, 40, selepas kenderaan berat yang dipandunya merempuh lori membawa ratusan batang pokok pine yang baru ditebang.

Feng dianggap bertuah dan berjaya diselamatkan selepas doktor mengesan tusukan itu tidak mengenai organ dalaman mangsa.

Tusukan di kiri dada lelaki itu hanya berjarak beberapa inci dari jantung mangsa yang boleh menyebabkannya maut serta-merta.

Usaha pihak keselamatan untuk menyelamat mangsa juga sukar pada awalnya kerana kayu itu turut menembusi kerusi pemandu kenderaan berat tersebut.

Bagaimanapun hasil usaha doktor pakar dalam pembedahan selama empat jam, Feng berjaya diselamatkan dan berada dalam keadaan stabil.

Seorang jurucakap polis, Li Wu berkata, kemalangan yang dihadapi Feng adalah insiden ngeri kerana mangsa masih hidup walaupun kayu berkenaan menembusi bandannya.

"Polis dan bomba pada awalanya menganggap Feng telah mati tetapi mangsa masih memberikan respon yang baik.

"Oleh sebab itu, kami telah melakukan yang terbaik bagi membawanya ke hospital untuk diselamatkan," katanya.
sumber:http://www.mstar.com.my/

Penjara di Sweden Seperti Berada di Asrama - Bekas Banduan

 18 April ini, genap 4 bulan pasangan Malaysia Azizul Raheem and Shalwati Norshal dipenjarakan di Sweden kerana mendera empat anak mereka pada Disember lepas.

Azizul masih mempunyai baki 6 bulan manakala isterinya 10 bulan lagi sebelum dibebaskan.

Tiada siapa dapat membayangkan situasi yang terpaksa dihadapi kedua pasangan itu sekarang.

Penjara atau lebih dikenali sebagai kriminalvarden di Sweden merupakan antara paling mewah dan terbaik di dunia.

# Alhamdulillah....walaupun undang disana dilihat agak "pelik", tetapi penjara mereka juga agak "pelik" bagi kita.
sumber:kezoom

Dr Harlina tegur Rozita Che Wan isu "seksi itu hak saya"

Kenyataan pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan bahawa seksi itu hak dirinya mengundang pelbagai reaksi dari peminat industri hiburan tempatan tahun lalu. Ada yang mempertahankan, tidak kurang juga yang lebih bersikap neutral dan ada juga yang mengkritik serta mengecam.

Ekoran daripada itu, Pakar Perunding Obstetriks & Ginekologi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Naib Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Dr.Harlina Halizah Siraj tampil membidas kenyataan Rozita melalui teguran ikhlas yang panjang lebar di bawah.
Penulis berharap perkongsian artikel ini akan memberi manfaat bukan saja kepada empunya badan, malah kepada seluruh masyarakat secara keseluruhannya.


sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/

Fish Burger KFC Kota Kemuning Berulat

Isu fish burger KFC ada ulat di cawangan KFC Drive Thru Bukit Kemuning Shah Alam Selangor. Menerusi laman sosial, telah tersebarnya video yang mendakwa produk Fish Burger yang dibeli dari KFC Bukit Kemuning sudah berulat.

Video tersebut dimuat naik pada 12 April 2014 dan kini tersebar meluas dilaman sosial. Menurut Lee Kwee Ang selaku pengadu, dia berasa kesal dan kecewa dengan insiden berkenaan. Isu ini juga telah mendapat perhatian pihak KFC Malaysia dan pihak mereka sedang menyiasat perkara tersebut.

sumber:kezoom

Luahan kagum Rita Rudaini usaha Engku Emran pujuk Erra Fazira

 Pelakon terkenal, Rita Rudaini menyatakan perasaan terharunya dengan tindakan Engku Emran cuba memujuk Erra Fazira agar kembali ke pangkuan selepas hampir sebulan bercerai.

Luahan kagum aktres berusia 35 tahun itu dikongsikan beliau menerusi laman Instagram miliknya semalam sebagai sokongan kepada kesungguhan Engku untuk memenangi hati Erra semula demi kebahagian anak perempuan mereka, Aleesya.

Menurut Rita, Erra Fazira boleh dikatakan individu yang amat bertuah kerana bekas suaminya telah mencuba untuk memperbetulkan keadaan sehingga sanggup mencipta satu baju-T khas buat Aleesya yang tertera tulis hastag #prayformomandayah.

Bagi penulis, memang susah nak jumpa lelaki seperti Emran yang sanggup berkorban demi kebahagiaan serta masa depan anak tunggalnya yang dirasakan perlukan kasih sayang yang cukup daripada dua ibu dan bapanya.
sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/

15 Speaker Punca Lelaki Buat Laporan Polis Azan & Tahrim Kuat

Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam pasti terkejut dengan satu laporan polis yang tersebar baru-baru ini. Manakan tidak, jikalau si pembuat laporan adalah seorang non-muslim sudah tentu kita terkejut. Namun, kali ini adalah seorang lelaki melayu muslim.

Dan sudah tentu ramai yang marah akan tindakan lelaki itu. Namun agak menghairankan apabila gambar wajah lelaki itu seakan tidak melambangkan wataknya.

Dengan ketayap hijau yang sentiasa melekat di kepala dan perwatakan yang sederhana, sudah tentu ada perkara lain yang membuatkan beliau tampil membuat laporan polis itu.

Hari ini, satu artikel pencerahan ditulis oleh seorang penduduk di kejiranan masjid itu. Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang menerangkan punca sebenar kejadian itu berlaku. Jom baca penerangan beliau di bawah:

Assalamualaikum

Mungkin sebahagian dari saudara2ku telah mengetahui isu report polis yang dibuat oleh En Md Said ( yg tersebar di FB dan Wassup ) tentang Tarhim dan Azan yang terlalu kuat oleh Masjid Perjiranan 9. Taman Air Biru. Pasir Gudang sehari dua inikan?

Saya rasa terpanggil untuk menerangkan isu sebenarnya apa sebab perkara ini terjadi :

Beliau adalah seorang jemaah yang amat istiqamah solat berjemaah di Masjid itu. Sebelum ini beliau dan sebahagian dari jemaah masjid telah memaklumkan dengan AJK Masjid tentang bacaan Tarhim sebelum solat dan siri2 ceramah fardu ain yang pancarkan keluar masjid melalui 15 biji corong speker terlalu kuat sehingga terganggu anak-anak kecil yang hendak tidur, orang-orang tua yang sakit hendak berehat, anak-anak sekolah yang hendak ulangkaji pelajaran dan kaum-kaum ibu yang hendak solat.

Beliau bukan anti azan sebab sekuat manapun bacaan azan hanyalah sekitar 5minit sahaja, tetapi jika Tarhim dan siri2 ceramah sudah tentulah mengambil masa yang agak panjang terutamanya ceramah Haji yang adakalanya mencecah pukul 11malam.

Cuba kita bayangkan dengan jarak rumah kariah ada yang 10meter sahaja dari corong speker akan melalui perkara ini hari-hari……nak mengadu takut dikatakan Anti majlis ilmu….Anti Masjid….maka terpaksalah tanggung selamanya perkara ini biarpun Solat kaum ibu terganggu, anak2 kecil tak lena tidur, orang2 tua yang nak berehat, anak2 sekolah yang nak study dan lain2 lagi.

Perkara ini telah ditegur oleh Pengarah Jakim Dr Ismail Ibrahim dari tahun 2002 lagi tetapi masih ada lagi Masjid yang tak ambil kisah. Jika dulu kita dikampung-kampung jarak rumah yang agak jauh, pak bilal baca Tarhim kita seronok sebab didengari sayup-sayup aje, tapi tidak sama dengan suasana diTaman2.

Rasullah pun pernah menegur sahabatnya yang membaca Al Quran didalam masjid dengan suara yang kuat, apatah lagi jika siap guna 15 biji speker ? sudah pasti menganggu jemaah yang lain. Fikir-fikirkanlah

Jom Mengajiiii tak ngaji ceroiiiilah.

Mohon ampun dan maaf jika pencerahan yang
saya berikan ini ada menyentuh mana-mana pihak.

Wassalam.

~Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang


Mungkin pencerahan ini masih tidak dapat diterima oleh sesetengah orang. Apapun, marilah kita bersangka baik terhadap pakcik Mohd Said itu. 
sumber: kezoom
 
© INFO SANTAI All Rights Reserved