Tindakan itu dibuat oleh pensyarah berkenaan berikutan kontroversi yang tersebar meluas di media sosial mengaitkan dirinya dengan perbuatan salah laku dengan seorang pelajarnya.
Rektornya Prof Datuk Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman berkata, sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu, pihaknya bertindak memanggil pensyarah berkenaan demi reputasi universiti itu.
“Sebagai ketua, saya bertindak memanggil pensyarah berkenaan untuk berbincang sebelum beliau meminta untuk bercuti bagi menenangkan diri sehingga kes selesai.
“Malah, pelajar yang membuat laporan polis berkenaan juga kini sedang bercuti semester di kampungnya,” kata Reaktor UiTM, semalam.
Menurutnya, tindakan pelajar berkenaan membuat laporan polis mendakwa dirinya dicabul kehormatan oleh pensyarah berusia 40-an itu ketika di bilik lelaki berkenaan adalah hak individu masing-masing.
“Itu hak pelajar berkenaan untuk membuat laporan polis, sebagai rakyat Malaysia tiada seorang pun dihalang untuk berbuat demikian.
“Malah, saya tegaskan di sini, pihak UiTM tidak pernah berdiam diri dan sentiasa menjaga imej baik institusi pengajian ini, kita juga sudah mengambil tindakan yang sepatutnya dan yang lain serah kepada polis untuk menjalankan siasatan,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, tidak sepatutnya laporan polis dan maklumat peribadi pelajar berkenaan disebar meluas ke dalam laman sosial Facebook dan blog.
“Saya kesal dan sedih perkara ini tersebar begitu cepat berikutan membabitkan maruah kedua-dua mereka. Apa yang saya boleh katakan, perkara ini masih dalam siasatan pihak polis,” katanya.
sumber:kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment