KEHADIRAN penerbit rancangan televisyen terkenal, Simon Cowell dan kekasihnya, Lauren Silverman beriadah di pantai bersama anak mereka yang berusia kira-kira dua minggu mengundang reaksi yang kurang menyenangkan daripada beberapa pihak.
Ada yang berkata, pasangan itu sebenarnya sengaja mahu menunjukkan kebahagian mereka sekeluarga kepada paparazzi sedangkan bayi sekecil itu sepatutnya berada di rumah.
Secara tidak langsung, Eric mungkin terdedah kepada penyakit akibat keadaan panas dan udara yang tidak sesuai untuknya.
Lebih membimbangkan, anjing peliharaan Simon dibiarkan berdekatan dengan bayi tersebut dan ramai yang khuatir akan tahap kebersihannya.
Melalui gambar-gambar di laman Daily Mail, beberapa pembantu mereka terpaksa bekerja keras bagi memastikan mereka bertiga berada dalam keadaan selesa.
Simon dan Lauren mungkin berseronok, tapi adakah Eric benar-benar selesa?
sumber: http://www.suarapeople.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment