“Rasa Macam Kahwin Dengan Orang Lain Sejak Scha Hamil” – Awal Ashaari

on Saturday, 1 March 2014


Wanita hamil memang mempunyai pelbagai “peel” yang pelik-pelik hingga adakala membuatkan sang suami pening kepala dengan perubahan yang berlaku. Begitu lah yang dihadapi oleh pelakon dan pengacara Awal Ashaari sejak isterinya Scha Al-Yahya disahkan hamil.

Menurut Awal, semenjak Scha hamil pelbagai perangai pelik dilakukan oleh isterinya sehingga dia merasa seolah-olah kehilangan isterinya yang dulu dan dalam masa yang sama berasa pelik dan lucu dengan perubahan Scha.

“I lost my wife! Rasa macam kahwin dengan orang lain (gelak)”, itu reaksi pertama Awal Ashaari saat diminta berkongsi mengenai perasaannya bakal bergelar bapa, tidak lama lagi.

“Dia (Scha) jadi orang lain. Karakter dia bertukar. Kalau dulu dia seorang yangg aggresif, sekarang ni dia menjadi lebih feminin. Dia jadi lemah lembut dan penyabar. Saya perasan dia beli bantal bunga-bunga. Tak pernah-pernah pakai kasut warna merah jambu, dia beli kasut warna merah jambu.

“Saya rasa pelik dengan perubahan karakter dia itu (tahan gelak). Tapi itu mungkin perubahan hormon, kan. Dia ada juga mengidam nak makan macam-macam dan setakat ni saya mampu turutkan. Kalau sebelum ni dia suka makan otak-otak dan nasi lemak, sekarang dia tak makan dah. Kalau dulu dia tak minum air soya, sekarang dia minum”, kongsi Awal serba sedikit mengenai kerenah isteri kesayangannya itu.

Dalam pada itu, Awal memaklumkan bahawa mereka berdua belum melakukan imbasan bagi mengetahui jantina cahaya matanya dan persiapan juga belum dibuat.


“Sekarang ni kandungan Scha hampir mencecah lima bulan. Sebenarnya masa usia kandungannya 14 minggu, dia ada buat imbasan, tapi ketika tu tak nampak lagi jantina anak kami. Sejak tu Scha tak buat apa-apa scan, tapi kami berdua terima apa saja pemberian Allah, tak kira sama ada bayi lelaki atau perempuan.

“Dari segi persiapan, Scha tak nak beli barang awal-awal. Dia cakap tunggu dulu bila dah masuk tujuh atau lapan bulan nanti baru dia nak buat persiapan untuk menyambut kelahiran anak kami”, kata hos ‘Melodi’ ini.

Awal juga memaklumkan Scha mahu berpantang di rumah ibunya yang terletak di Mount Kiara, selepas melahirkan nanti.
sumber: http://ohartis.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved