Gempar!!! CIA Kesan MaklumatTerbaru Di Malaysia

on Monday, 31 March 2014


 Usaha untuk mendapatkan respons daripada keluarga penumpang
MH370 yang tiba dari China sejak semalam gagal sama sekali apabila pihak MAS
telah membawa mereka keluar dari Hotel Holiday Villa tepat jam 10 pagi tadi.

Keluarga tersebut yang diiringi pihak polis dan pengawal dibawa secara berkum-
pulan menuju ke pekarangan lobi hotel untuk menaiki dua buah bas e-Putra
yang disediakan khas untuk mereka.

Kelihatan anggota keluarga penumpang MH370 berwajah sugul dan muram
namun agak tenang ketika dibawa menuju ke kenderaan yang telah tersedia.

Usaha Sinar Harian Online untuk mendapatkan maklumat lanjut dari pegawai
MAS dan juga sukarelawan tidak berhasil apabila mereka enggan memberikan
kerjasama.

Kira-kira 48 ahli keluarga penumpang MH370 tiba dari China semalam untuk menuntut penjelasan dan maklumat terperinci mengenai misi SAR yang dilancar-
kan di Laut Hindi.

Kumpulan tersebut yang menetap di Hotel Holiday Villa, Subang telah dibawa
keluar oleh pihak MAS dengan bantuan polis pengawal dan sukarelawan ke
suatu lokasi yang tidak dapat dipastikan. - SH.
sumber:http://isulagi.blogspot.com/

MH370: Ayah janji Akan bawa Ibu Pulang

 "Saya sudah berjanji dengan anak-anak bahawa saya akan bawa ibu mereka pulang tidak lama lagi."

Itu luahan Lee Khim Fatt, suami pramugari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 Foong Wai Yueng, yang terpaksa merahsiakan kejadian menimpa isterinya daripada pengetahuan kedua-dua anak mereka yang masih kecil.

Lee Khim Fatt dan isterinya Foong Wai Yueng

Khim Fatt yang kekal optimis isterinya akan ditemui, mengakui terpaksa memujuk anak-anaknya, masing-masing berusia sepuluh dan empat tahun dengan mengatakan ibu mereka terpaksa ke satu tempat yang jauh dan tidak dapat pulang pada masa ini.

Dia menyifatkan Wai Yueng seorang isteri dan ibu yang penyayang dan bertanggungjawab.

Mereka sudah berkahwin selama 20 tahun dan bahagia dengan kehadiran dua anak mereka.

Bagaimanapun, tragedi MH370 menyebabkan dia hilang arah dan masih menanti khabar berita mengenai isteri kesayangannya itu.

Foong Wai Yueng menyertai Penerbangan Malaysia sejak 1996, sementara Khim Fatt bekerja di syarikat penerbangan di luar negara selama 7 tahun sebelum kembali ke Malaysia.
sumber: http://tidakkalah.blogspot.com/

Gambar Gadis Melayu Mirip Muka Yoona SNSD Girl`s Generation


Gadis Melayu, RaBi’atul Afifah kini begitu terkenal di internet. Namun apa yang paling penting adalah sikap terpujinya kerana langsung tak sombong.

Di bawah ini adalah koleksi gambar RaBi’atul Afifah yang dikumpulkan oleh admin. Paling penting adalah kecantikan aslinya. Langsung tak ada kena mengena dengan pembedahan plastik.



sumber: http://wwwsaja-saja.blogspot.com/

Fina Hampir Menjadi Mangsa Ke-20 Perogol Bersiri


KOTA BHARU – Seorang gadis yang hampir menjadi mangsa ke-20 perogol bersiri tidak menyangka penjenayah terbabit sudah menunggu untuk merogolnya ketika dia keluar dari bilik air dalam keadaan berkemban dengan kain batik di sebuah asrama pekerja di sini kelmarin.

Gadis berusia 20-an itu yang dikenali sebagai Fina menegaskan, dia berasa sangat terkejut kerana sebaik sahaja terserempak, penjenayah terbabit terus mengacu pisau di leher sambil mengikat tangannya dengan wayar seterika.

Lebih mencemaskan, gadis yang berasal dari Tumpat itu berkata, lelaki itu terus menarik dia ke arah biliknya yang terletak paling hujung di asrama berkenaan sambil berkata: “Diam-diam saya cuma nak cari budak nama Yati.’’

Keadaan asrama pekerja tempat dia tinggal ketika itu sangat sunyi kerana penghuni lain sudah pergi bekerja manakala jarak tandas dari biliknya kira-kira 30 meter.

“Selepas sampai ke bilik, dia suruh saya duduk atas tilam dan ikat tangan saya lebih kuat.

“Saya meronta dan bergelut dengannya sampai terbaring sehingga terlucut separuh kain batik,’’ katanya kepada Kosmo! ketika menceritakan semula kejadian yang menimpanya kelmarin.
sumber: kosmo.com.my

Penyamun Gali Terowong Bawah Tanah Curi Duit ATM Cash Mesin

Pencuri menggali terowong sepanjang 100kaki (30m) di bawah tempat letak kereta untuk mencuri wang dari mesin tunai yang terletak di sebuah kedai.

Kumpulan itu dipercayai telah menghabiskan masa sehingga enam bulan menggali laluan bawah tanah dari benteng keretapi terpencil ke ATM sebelah Blockbuster di Fallowfield.

Mereka kemudian memotong konkrit setebal 15 inci sebelum mengambil beberapa ribu pound dari mesin - dan melarikan diri melalui terowong yang sama.

Kecurian itu dilaporkan empat tahun setengah selepas plot yang serupa telah digagalkan oleh polis.

Kemudian, terowong yang sama dari tambak yang sama pada Kingsway ke ATM yang sama - telah ditemui oleh pekerja sebelum ia mencapai sasarannya.


 







sumber: http://dairishare.blogspot.com/

Kuala Lumpur Diiktiraf Bandaraya Dengan HOTEL Ke-5 Termurah di Dunia

Kuala Lumpur mempunyai bilik-bilik hotel kelas pertama dengan harga paling berpatutan di dunia (4 atau 4.5 bintang), menurut satu kajian pelancongan antarabangsa.

Menurut Tripindex Room Servive TripAdvisor 2014, ibu negeri Malaysia berada di kedudukan kelima daripada 48 negara, dari segi gabungan harga perkhidmatan bilik dan kadar bilik (RM437.85).

Dari segi kadar bilik, hotel di Kuala Lumpur menduduki tempat keenam termurah di seluruh dunia dengan harga kira-kira RM334.58.

Dari segi barangan berkaitan perkhidmatan bilik, hotel di Kuala Lumpur KL terkeluar daripada sepuluh destinasi berpatutan, dengan harga sekitar RM103.27.

Barang-barang perkhidmatan bilik yang telah disenaraikan dalam 'sebuah bakul barangan' ialah: club sandwich (RM35.01), sebotol air (RM11.21), setin Coca- Cola (RM10.18), sebotol mini vodka (RM18.93), sebungkus kacang tanah (RM9.54) dan sehelai baju yang dibersihkan dengan 'dry-clean' (RM18.40).

Hotel kelas pertama di Jakarta telah disenaraikan sebagai mempunyai kadar gabungan termurah iaitu RM390.92, manakala hotel di bandaraya New York adalah yang paling mahal dengan harga RM1,421.90.

Dari segi barangan perkhidmatan bilik, hotel di Tunis, Tunisia, adalah yang paling murah dengan bakul barangan berharga RM60.65.

Barang-barang yang sama di hotel-hotel di Helsinki menelan kos RM293.07.

Singapura menyaksikan barangan perkhidmatan bilik yang berharga RM205.35, dengan kadar gabungan RM875.54, dua kali ganda berbanding harga hotel Malaysia.
sumber: http://billyinfo.blogspot.com/

Rama-Rama Terbesar di Dunia

Birdwing Queen Alexandra (Ornithoptera alexandrae) adalah rama-rama terbesar di dunia, dengan rama-rama betina mencapai wingspans bersaiz 31 cm (12.2 inci). Ia hanya boleh didapati di kawasan hutan di Wilayah Oro di timur Papua New Guinea.

Spesies yang terancam, dan merupakan salah satu daripada hanya tiga serangga yang disenaraikan di Lampiran I CITES, menjadikannya haram dalam perdagangan antarabangsa.


sumber: http://billyinfo.blogspot.com/

"Cium pipi je, mak tak marah pun" - Gadis bertudung


"Cium pipi je, mak tak marah pun" demikianlah penjelasan seorang gadis bertudung apabila ditegur seorang rakan. Dia tanpa segan silu memuatnaik fotonya sedang bercium di Facebook.

Bagi penulis, adalah sangat bahaya memuatnaik foto-foto kurang sopan di Facebook kerana ianya bukan sahaja memalukan diri sendiri tetapi juga bakal berdepan risiko gambar berkenaan disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/

Reaksi Artis Berhubung Penangguhan ABPBH 2013


Baru-baru ini pihak penganjur dan ahli jawatankuasa pengelola Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) telah sebulat suara memutuskan untuk menangguhkan malam kemuncak acara berprestij tersebut bagi menghormati tragedi yang menimpa pesawat MH370.

Menurut Penaung ABPBH 2013, Encik Mahfar Ali, acara yang sepatutnya diadakan pada 6 April depan akan ditundakan ke satu tarikh baru yang akan diberitahu kelak. Walaupun pengumuman ini dibuat agak mengejut memandangkan tinggal kurang dua minggu sahaja lagi sebelum acara berlangsung, namun tindakan penganjur iaitu Berita Harian dianggap sebagai satu tindakan yang sangat tepat apatah lagi seluruh negara masih lagi berasa sedih dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu.

ARTISMELETOP sempat menemuramah beberapa selebriti yang hadir ke sidang akhbar yang berlangsung di Public Space, NSTP pada 28 Mac lalu bagi mengetahui reaksi mereka terhadap penangguhan acara tersebut.
Nomad
Ini satu perkara yang patut dilakukan memandangkan kita baru saja dilanda satu tragedi yang amat menyedihkan bukan saja buat negara kita malah juga seluruh dunia. Bagi saya, inilah masanya untuk kita menghormati keluarga penumpang dan anak kapal yang hilang. Penangguhan acara ini sangat wajar dan saya sokong dengan tindakan pihak penganjur.

Ayu Damit

Saya sangat bersetuju dengan penangguhan ABPBH 2013 sebab sebagai seorang artis, kita juga kena menghormati dengan apa yang terjadi sekarang. Saya turut bersimpati dengan keluarga mangsa malah secara peribadi saya pun menangis dengan apa yang terjadi. Bagi saya, tindakan ini sangat wajar sekali dilakukan.

Johan As’ari

Saya berpendapat bahawa penangguhan ini sangat tepat dan saya sokong 100%. Tindakan yang dibuat sangat bagus kerana dengan peristiwa negara yang besar ini, dan apabila pihak ABPBH buat keputusan ini, bagi saya secara tak langsung ia menunjukkan keprihatinan pihak penganjur sebagai rakyat Malaysia.

Sabhi Saddi

Ini satu keputusan yang amat baik dan saya sebagai anak seni menyokong 100% dengan keputusan yang diambil oleh pihak penganjur ABPBH. Penangguhan ini memang wajar dilakukan lebih-lebih lagi negara kita sekarang masih dilanda kesedihan, kehilangan dan rasa simpati terhadap MH370.

Dazrin Kamaruddin

Saya sokong keputusan yang dilakukan oleh pihak Berita Harian untuk menangguhkan ABPBH 2013 bersempena menghormati tragedi MH370. Ia merupakan satu perkara yang betul kerana walaupun kita tidak berada dalam situasi keadaan keluarga mangsa, namun sebagai insan kita juga perlu turut sama berasa simpati. Apapun, sama-samalah kita mendoakan apa yang tidak diketemukan, kita ketemukan.

Fara Fauzana

Secara jujurnya, saat saya mendapat mesej dari pihak penganjur mengenai penangguhan ini, saya rasa lega dan gembira. Namun, perasaan tersebut bukanlah sebab saya rasa beban saya untuk mengendalikan ABPBH 2013 terlerai seketika. Bagi saya, dalam keadaan sekarang ini, tidak dinafikan sukar untuk saya melakukan perkara ini. Saya harap mereka di luar sana pun faham dan boleh terima dengan berita penangguhan ini.

Indah AF 2013

Pada pendapat saya, buat masa terdekat ini memang tak patut untuk kita buat rancangan berunsurkan hiburan. Jadi bagi saya, Berita Harian memang membuat keputusan yang betul apatah lagi penangguhan ini disebabkan kita digemparkan dengan satu cerita yang amat menyedihkan buat seluruh rakyat Malaysia. Saya sendiri masih berharap penumpang dan anak kapal MH370 dapat ditemui dan saya juga ingin minta agar semua rakyat Malaysia sama-samalah terus berdoa untuk MH370.

Aaron Aziz

Saya rasa keputusan untuk tunda ABPBH 2013 ini merupakan satu keputusan yang baik dan bernas sama sekali. Ini merupakan salah satu cara industri seni kita bersimpati serta menunjukan rasa prihatin terhadap mangsa-mangsa dan juga sebagai tanda sokongan kepada ahli keluarga mereka. Saya doakan mereka agar sabar untuk meneruskan kehidupan mereka kerana yang hidup perlu meneruskan kewajipan mereka.

Yana Samsudin

Sebelum dapat tahu berita ini, saya sendiri terfikir, ABPBH 2013 tak tangguh ke? Saya sendiri mengikuti perkembangan MH370 dan saya terkesan dengan kejadian ini walaupun tak ada ahli keluarga yang terlibat. Saya jadi berbelah bagi sama ada mahu hadir atau tidak ke acara ini. Pernah terdetik, andai ABPBH dibuat juga, saya mungkin tidak akan hadir kerana saya hormat keluarga mangsa MH370. Namun, bila pengumuman penangguhan ini dibuat, saya rasa lega sikit. Saya puji tindakan penganjur kerana keputusan yang dibuat amat tepat sekali.
sumber: http://artismeletop.blogspot.com/

Engku Emran & Erra Fazira Sambut Hari Jadi Engku Aleesya Bersama-Sama


Walaupun sudah tidak mempunyai hubungan suami isteri, Engku Emran dan Erra Fazira telah menghabiskan masa bersama-sama untuk menyambut hari jadi ke 5 anak mereka, Engku Aleesya. Terharu Abang Nara melihat kesungguhan mereka demi anak yang tercinta. Pastinya Engku Aleesya adalah orang yang paling gembira dengan kehadiran kedua ibu bapa di hari kelahirannya.

Tertarik dengan satu gambar yang telah dikongsi oleh Engku Emran menerusi Instagramnya. Banyak peminat yang terharu membaca kata-kata Engku Emran dan mendoakan agar suatu hari nanti Engku Emran dan Erra Fazira akan bersatu kembali.
Dear Alllah…in this hour exactly 5 years ago…u gave these 2 souls Precious…and juz like the pic describes, they were the happiest parents in ur entire universe…Happy Birthday Aleesya… Love, Ayah.
Sedangkan pantai lagi berubah, inikan pula hati manusia. Mana tahu suatu hari nanti doa orang ramai akan makbul dan Engku Emran serta Erra Fazira kembali bersatu demi anak mereka. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa keping gambar sekitar sambutan hari jadi Engku Aleesya dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

sumber; http://artismeletop.blogspot.com/

Balu Juruterbang Nasihat Anggota Keluarga Reda Dengan Kejadian

 Para anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dinasihati agar reda dengan sebarang kemungkinan berlaku terhadap pesawat yang hilang itu.

Perkara ini disampaikan oleh balu kepada juruterbang pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang suaminya meninggal dalam nahas pesawat 17 tahun lepas.

Norhaslina Hashim, 47, meminta anggota keluarga berkenaan agar terus berdoa untuk orang tersayang mereka yang berada di dalam pesawat.

Beliau berkata bagi dirinya, setiap juruterbang menghadapi risiko besar apabila mereka keluar bertugas dan anggota keluarga terutama isteri juruterbang telah dididik untuk berhadapan dengan risiko kehilangan suami apabila suami mereka bertugas.

Beliau menceritakan bahawa sebelum berkahwin pada tahun 1989, beliau telah diingatkan oleh suaminya, Allahyrham Mejar Azlizan Abdul Manas untuk menerima apa sahaja berita buruk setiap kali beliau keluar bekerja.

"Allahyarham mengingatkan saya dari mula kami berkahwin bahawa apabila beliau keluar bekerja, tidak semestinya dia akan pulang," katanya kepada pemberita di Hotel Everly di sini hari ini, untuk membantu menguatkan semangat anggota keluarga penumpang pesawat yang hilang itu.

Dalam nahas yang menimpa Azlizan, pesawat helikopter Agusta A109E yang dipandunya yang membawa Pengerusi Kumpulan DRB Hicom ketika itu Tan Sri Yahaya Ahmad dan isterinya Puan Sri Rohana Othman dilaporkan hilang dari skrin radar dan terputus hubungan pada jam 11.15 malam, ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu.

Mayat ketiga-tiga mereka ditemui dua jam selepas pesawat itu terhempas di Kampung Atong, Jerangsang, Kuala Lipis, Pahang.

Norhaslina berkata dengan kejadian itu, pesanan suaminya bahawa apabila beliau keluar bertugas dan tidak semestinya akan pulang, benar-benar menjadi kenyataan.

Kamarul Mizan Ipit, 50, pula menasihati semua pihak agar tidak menuding jari antara satu sama lain berhubung kejadian kehilangan pesawat itu.

"Anggota keluarga perlu terus maju ke hadapan dan apa yang penting ialah percaya kepada takdir dan teruskan berdoa," katanya yang suaminya Mejar (B) Azhari Ghazali, 50, hampir menemui maut dalam nahas pesawat yang berlaku di Laut China Selatan pada tahun 1996.
sumber:kezoom

Linda Rafar Masih Tertanya-Tanya Penyakit Anak


Pelakon dan penyanyi Linda Rafar masih tidak mengetahui penyakit sebenar anak keduanya iaitu Rezaiman Keiflin yang kini terlantar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras dekat sini sejak tiga minggu lalu.

Linda yang dihubungi mStar Online pada Isnin berkata, dia masih menunggu laporan daripada pihak hospital selepas melakukan pelbagai ujian bagi mengetahui punca sebenar keadaan Rezaiman, yang berusia 12 tahun.

"Saya sebagai ibu sendiri tertanya-tanya apakah punca sebenar keadaannya? Setakat ini saya tidak boleh berkongsi maklumat mengenai keadaan anak saya kerana doktor sedang membuat pemeriksaan lanjut bagi mencari punca penyakitnya itu.

"Dia kini masih ditahan di hospital dan saya berharap dia akan kembali sihat seperti sedia kala," katanya.

Linda diminta mengulas mengenai laporan yang mengatakan anaknya itu menghidapi penyakit kronik dan sukar diubati.Rezaiman Keiflin adalah anak hasil perkahwinan pertama Linda dengan Keifli Othman.

Rezaiman ditemani bapa tirinya, Syed Aiman dan bapa kandungnya, Keifli (kanan) sebelum menjalani pembedahan baru-baru ini.

Dalam pada itu, Linda berkata, pada mulanya dia sukar menerima keadaan yang menimpa anaknya itu namun menganggap ia adalah ketentuan Allah dan dia harus tabah mengharungi situasi yang melanda.

Jelas Linda lagi, semangat anak lelakinya melawan penyakit turut menjadi kekuatan kepadanya dan keluarga dan dia berharap agar anaknya cepat sembuh.

"Sukar menerima keadaan yang dialami Rezaiman dan sudah kering air mata mengenangkan anak yang terlantar di hospital namun ini adalah ujian daripada Allah yang harus saya terima dengan redha.

Linda yang kini berhijab mengakui selesa dengan penampilannya itu.

"Ujian ini memberi kekuatan kepada saya dan keluarga namun bersyukur Rezaiman sendiri kuat menghadapi dugaan tersebut," katanya.

Tambah Linda, biarpun masih ditahan di hospital namun Rezaiman tetap mengulang kaji pelajarannya di kelas khas yang disediakan PPUKM memandangkan tahun ini dia bakal menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Sementara itu, Linda yang kini sudah berhijab melahirkan rasa syukur diberi kesempatan untuk melakukan perubahan ke arah kebaikkan dalam hidupnya dan selesa dengan penampilannya itu.

Jelas Linda perubahan itu sudah lama dilakukan cuma tidak dihebahkan secara umum kerana enggan niatnya disalah erti oleh sesetengah pihak.
sumber: http://www.mstar.com.my/

MH370: Kuasa Bateri Pada Kotak Hitam Mungkin Dapat Bertahan Lebih Lama


MATTHEWS menunjukkan contoh pemancar isyarat yang terdapat dalam kotak hitam. FOTO AFP

PERTH: Kuasa bateri pada kotak hitam pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu mungkin dapat bertahan lebih lama daripada jangkaan 30 hari.

Pasukan mencari dan menyelamat kini bertungkus lumus mencari kotak hitam pesawat ini sebelum jangka hayat bateri tamat, dijangka dalam masa seminggu.

Namun, Kapten Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), Mark Matthews berkata, bateri bagi pemancar isyarat ultrasonik yang dipasang pada kotak hitam boleh bertahan selama 15 hari lagi walaupun diperakui untuk 30 hari.

“Jangka hayat 30 hari adalah masa minimum. Berdasarkan pengalaman saya, ia dapat bertahan lebih lama.

“Tempoh 45 hari boleh dikatakan jangkaan lebih realistik,” katanya, di Pangkalan Tentera Laut Stirling dekat Perth, hari ini.

Matthews bertanggungjawab ke atas alat pengesan kotak hitam milik tentera Amerika Syarikat atau ‘Towed Pinger Locator’ yang akan diguna untuk mengesan isyarat kotak hitam.

Alat pengesan ini dapat beroperasi sehingga kedalaman 6,096 meter, katanya.

Ia telah dipasang pada kapal Ocean Shield yang dijadual belayar dari Perth ke kawasan operasi esok untuk menyertai operasi mencari, menurut Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA).

Perjalanan ke kawasan pencarian yang terletak kira-kira 1,850 kilometer di barat Perth akan mengambil masa tiga hingga empat hari.

“Kapal ini akan menyertai operasi pencarian sehingga serpihan disahkan berkaitan dengan pesawat MH370 dan kawasan pencarian di bawah air sudah dikenal pasti,” kata Matthews. -hmetro.com.my
sumber: http://zamrispoon.blogspot.com/

Cikgu Zalim Racun 20 Ekor Kucing


Seorang cikgu dari Sekolah Dato' Bentara Dalam, Johor didakwa telah memberi racun kepada 20 ekor kucing sehingga menyebabkan kesemuanya mati dalam satu kejadian minggu lalu di Taman Seri Waja di Kampung Jawa, Segamat.

Seorang pengguna Facebook, Nur Syamila dalam satu status menceritakan kejadian itu dimana terdapat saksi yang melihat cikgu tersebut memberikan makanan "ikan racun" kepada kucing-kucing itu. Penduduk kampung kemudian telah menghantar ikan itu ke Pejabat Veterinar Daerah sebagai bukti sebelum bercadang membuat laporan polis dalam tempoh terdekat.
Kredit: Facebook Dunia Kucing

Manakala seorang pengguna Facebook lain pula, Amy Kurylenko telah memuatnaik gambar-gambar kucingnya yang telah mati akibat mangsa kekejaman manusia yang tidak berperikemanusian itu.

Tambahnya lagi, kini tinggal seekor sahaja kucing peliharaan yang masih hidup manakala 6 lagi telah mati.

Amy juga meluahkan kesedihan yang dialaminya kerana kucing-kucing itu merupakan peneman kepada ibunya dirumah.

"xde dah peneman mak aku... aku baru je cakap Onet dh mati dh mengalir air mata mak aku blom lg die tgk mayat kucing tu. Apa perasaan mak aku?" Tambah Amy.

20 ekor kucing yang mati itu berusia antara satu dan empat tahun. Sebahagian penduduk sekitar taman itu mahu pihak berkaitan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang amat tidak berhati perut itu.
sumber -TengokTVonline

Aishah Zaharie mengamuk Daily Mail fitnah Kapten Zaharie Ahmad Shah


Aishah Zaharie, anak perempuan juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah, mengamuk di akaun Facebook miliknya kerana tindakan akhbar Daily Mail menyebarkan fitnah berhubung perubahan kelakuan ayahnya.

Dalam laporan Daily Mail sebelum ini, Kapten Zaharie dikatakan mempunyai masalah rumahtangga dan merupakan penyokong fanatik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, akhbar berkenaan turut melaporkan Kapten Zaharie banyak menghabiskan masa dengan simulatornya berbanding keluarga serta didakwa terganggu dan bersedih beberapa minggu sebelum menerbangkan pesawat MH370.

Bagaimanapun, Aishah membidas tuduhan tersebut dan menafikan pernah ditemubual oleh Daily Mail seperti didakwa mereka.

"Dear Daily Mail, you should consider making movies since you are so good at making up stories and scripts out of thin air..."

"May god have mercy on your souls. You can bet your ass I will not forgive you."
sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/

Punca sebenar Sharnaaz Ahmad mengamuk di Instagram


Sharnaaz Ahmad memang tidak pernah lekang dilanda kontroversi sejak dulu lagi. Selepas satu persatu kontroversi reda, timbul pula kontroversi lain yang dikaitkan dengan dirinya.

Itulah realiti hidup yang terpaksa dilalui aktor itu dalam dunia hiburan tempatan terutamanya sejak menjalani penggambaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Mungkin ada pihak tertentu yang cemburu dengan populariti yang dikecapi Sharnaaz.

Terbaru, bekas kekasih Shila Amzah itu mengamuk di laman Instagram miliknya kerana muak dengan sikap segelintir peminat yang sesuka hati menjodohkannya dengan orang lain. Katanya, jodoh itu bukan hak manusia untuk menentukan tetapi Allah.

Pada penulis, apa yang dikatakan Sharnaaz memang ada benarnya. Siapa pula kita untuk memandai-mandai menentukan jodoh seseorang sedangkan perkara tersebut adalah urusan Allah. Kesian pula Sharnaaz sering diusik dan dikecam.
sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/

Penoreh Getah Parah Di Serang Beruang

“Biarlah pokok getah itu kering sekalipun, saya tidak akan menoreh selagi beruang itu tidak ditangkap,” kata Mamat Othman, 63, suami kepada Asmani Yahya, 60, yang parah selepas isterinya itu diserang beruang di Kampung Pasir Puteh, Marang, kelmarin.

Ketika ditemui di Wad Ortopedik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), semalam, Mamat berkata, dia bersyukur kerana pendarahan berterusan di leher dan kepala isterinya akibat serang beruang itu berjaya dihentikan doktor dengan mengenakan lebih 30 jahitan pada bahagian terkoyak itu.

“Pernah sekali alat penyembur racun saya hancur dan terdapat beberapa kesan cakar dan taring ketika saya dan isteri baru menanam anak pokok getah di ladang ini sembilan tahun lalu.

“Waktu itu saya tidak tahu haiwan apa yang menyebabkan alat penyembur racun saya musnah sebegitu rupa.

Akhirnya persoalan yang bermain di fikiran sejak sembilan tahun itu terjawab selepas beruang itu menyerang isteri.

“Bayangkan jika saya tiada ketika kejadian itu, tidak tahulah apa nasib isteri, mungkin dijadikan makanan haiwan buas itu,” katanya yang menerima kunjungan daripada pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu, di sini, semalam.

Jumaat lalu, Harian Metro melaporkan Asmani diterkam seekor beruang dari belakang sebelum digonggong haiwan itu di bahagian kepala dan leher.

Bagaimanapun saat nyawanya di hujung tanduk suaminya yang kebetulan berada tidak jauh dari situ bergegas menyelamatkannya dengan menggunakan sabit dan sebatang kayu.

Beruang yang agresif dan cuba mengheret Asmani itu segera melepaskan gonggongannya sebelum beredar ke dalam hutan berhampiran manakala Asmani yang parah di bahagian leher dan kepala dibawa ke HSNZ dengan bantuan penduduk.

Sementara itu, Pengarah PERHILITAN, Yusoff Syariff berkata pihaknya sudah berjumpa dengan mangsa di HSNZ dan beberapa anggota lain sudah memasang perangkap beruang di kawasan ladang getah berkenaan.

“Kes serangan beruang amat jarang berlaku dan kami masih mengkaji punca haiwan itu menyerang Asmani di ladang getah itu.

Saya yakin beruang itu bersendirian dan masih merayau-rayau di kawasan hutan di kampung berkenaan.

“Beberapa anggota kami sudah memantau kawasan hutan itu dan jika tiada halangan, haiwan itu akan masuk perangkap dalam masa terdekat,” katanya.
sumber: kezoom

"Ikut suka hati saya" - Sakinah jawab Isu Cantik Tak Bontot Saya


Sebelum ini, pelakon Sharifah Sakinah dikecam teruk peminat kerana menggunakan tagline Cantik Tak Bontot Saya untuk T-shirt rekaannya bagi program kecergasan.

Sebagai respon kepada teguran peminat, Sakinah menjawab ringkas "Ikut suka hati saya" menerusi laman sosial.

Pada penulis, jawapan yang diberikan memang kurang cerdik dan hanya memakan diri sendiri. Dalam perniagaan tindakan meletakkan tagline sebegitu tidak mungkin dapat membantu melariskan jualan malah hanya akan membuat pembeli rimas.

Mungkin Sakinah meletakkan kalangan generasi sebaya atau lebih muda dan berfikiran terbuka sebagai kumpulan sasarannya. Sebab menurut Sakinah hanya orang yang berfikiran kolot sahaja yang akan menentang usahanya.

Tetapi Sakinah kena fikir juga tentang kedudukan Sakinah sebagai orang dikenali dan menjadi pujaan ramai.

Sedikit sebanyak mungkin ada yang kurang senang apabila Sakinah menggunakan tagline seperti Cantik Tak Bontot Saya dan Jogging Sampai Kentut untuk dicetak di T-shirt yang bakal dijualnya itu.
sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/

Hafiz Suip Kecewa Isu Tidak Muncul Di MHI Diperbesar


Hafiz anggap isu lewat ke program MHI sudah selesai.

Penyanyi Hafiz Suip berasa kecewa apabila isu kelewatannya menghadiri program siaran langsung TV3, Malaysia Hari Ini (MHI) beberapa minggu lalu diperbesar-besarkan.

Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 24, berkata, isu tersebut tidak patut dijadikan sebagai bahan gosip memandangkan ia telah diselesaikan menerusi cara baik dengan pihak produksi program berkenaan.

"Diakui memang saya lambat ke program itu tetapi ia tidak sepatutnya jadi isu kerana saya telah meminta maaf kepada seluruh produksi.

"Malah isu itu sudah selesai. Saya kecewa apabila ada pihak yang sengaja mahu jadikan ia jadi bahan berita," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Ahad.

Sebuah akhbar mingguan pada Ahad melaporkan Hafiz gagal menghadirkan diri ke sesi temu bual khas di MHI bagi mempromosikan projek Minggu Setiausaha A Golden Moment With Hafiz yang bakal diadakan di dewan Matrade Hall, Matrade Exhibition & Convention, Jalan Duta di sini pada 22 April depan.

Hafiz dikatakan menyebabkan seluruh produksi kelam-kabut memandangkan waktu slot itu diberikan khas kepadanya dan ia membuatkan penerbit program itu terpaksa menukar pengisian program itu serta-merta.

Sementara itu, Hafiz menyifatkan kejadian itu merupakan kesilapan normal yang dilakukan oleh sesiapa sahaja walaupun ia bukan dilakukan dengan sengaja.

Dalam pada itu, sebagai seorang penyanyi profesional, Hafiz berkata, dia tidak pernah merosakkan reputasinya dengan menimbulkan masalah sikap tidak berdisiplin.

"Diakui, sebagai manusia biasa, saya bukannya sempurna, ada masanya kita melakukan kesilapan.

"Tetapi saya bukan seorang penyanyi yang suka melanggar disiplin. Seboleh-bolehnya saya akan tepati masa agar tidak menyusahkan pihak lain. Cuma apa yang berlaku sebelum ini adalah di luar jangkaan," ujarnya.
sumber: http://www.mstar.com.my/

Encik Mimpi Masih Berahsia Enggan Dedah Dakwaan Berkahwin


Encik Mimpi

Penyanyi Encik Mimpi bertegas untuk terus berahsia mengenai statusnya yang didakwa sudah berkahwin baru-baru ini.

Encik Mimpi, 25, berkata, dia tetap dengan pendiriannya iaitu tidak akan mendedahkan hal peribadinya termasuklah enggan mengia mahupun menafikan bahawa dia sudah bergelar suami orang.

"Saya tidak akan mengia atau nafikan dakwaan dikatakan sudah berkahwin. Biarlah ia menjadi rahsia Encik Mimpi.

"Saya mahu orang melihat saya istimewa dan misteri. Juga saya mahu dinilai menerusi bakat nyanyian saya," katanya yang dihubungi mStar Online pada Ahad.

Sebuah akhbar mingguan pada Ahad melaporkan penyanyi yang popular dengan laguRindukanlah itu sudah pun mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya baru-baru ini.

Namun tetamu-tetamu yang hadir tidak tahu bahawa pengantin lelaki itu adalah Encik Mimpi, penyanyi lelaki bertopeng.

Sementara itu, Encik Mimpi mengakui menyedari bahawa terdapat beberapa pihak yang mengambil kesempatan terhadap imejnya yang bertopeng.

"Memandangkan saya bertopeng, ada pihak mengambil kesempatan pula mengakui diri mereka adalah Encik Mimpi. Ada juga berbuat demikian semata-mata mahu memikat wanita yang diminati mereka.

"Bagaimanapun saya tidak mempunyai masalah tentang perkara itu kerana saya sudah lama tahu kesan-kesan sebegini akan berlaku apabila saya tampil dengan imej bertopeng," ujarnya.
sumber: http://www.mstar.com.my/

MH370: MAS, MAHB Kenakan Pemeriksaan Keselamatan Penerbangan Lebih Ketat

Pramugari MAS membuat pemeriksaan di bahagian kabin sebelum pesawat dinaiki penumpang.

Penerbangan Malaysia (MAS) dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) melaksanakan pemeriksaan keselamatan penerbangan lebih ketat di udara dan di darat berikutan tragedi pesawat MH370.

Menurut satu pekeliling MAS, Juruterbang dan pembantu juruterbang kini tidak dibenarkan untuk ditinggalkan bersendirian di dalam kokpit, walaupun salah seorang daripada mereka pergi ke tandas.

Di bawah peraturan baru itu, seorang anak kapal kabin perlu berada di dalam kokpit sehingga juruterbang atau pembantu juruterbang kembali semula dari tandas.

Apabila makanan dibawa ke kokpit, krew penerbangan dikehendaki berjaga di pintu untuk memastikan tiada penumpang memasuki kawasan larangan itu.

Ketua Jurutebang MAS bagi keselamatan penerbangan dan faktor manusia, Datuk Kapten Missman Leham mengeluarkan pekeliling tersebut kepada semua krew enerbangan.

Sementara itu, MAHB mewajibkan mereka yang terlibat dalam penerbangan antarabangsa untuk melalui dua pengesan logam dan menjalani pemeriksaan badan sebelum mereka dapat memasuki pesawat.

Para pelancong juga kini perlu menanggalkan kasut, tali pinggang, jaket dan meletakkan sebarang peranti elektronik seperti telefon bimbit dan komputer riba untu pengimpasan secara berasingan. Air minuman yang dibotolkan tidak dibenarkan dibawa ke dalam pesawat.

Amerika Syarikat, Britain dan Australia meminta supaya pemeriksaan keselamatan ke atas semua penumpang yang terbang ke negara-negara itu dipertingkatkan.

MAHB turut melaksanakan pemeriksaan tersebut untuk penerbangan antarabangsa lain dan mengguna pakai senarai barangan larangan, yang sama digunakan oleh Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat.

Peraturan itu berkuat kuasa pada minggu 8 Mac, hari di mana pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal.

Jurucakap MAS mengesahkan bahawa syarikat penerbangan itu mempertingkatkan keselamatan dan menyediakan prosedur pemantauan di dalam semua pesawat.

"Bagaimanapun, untuk tujuan keselamatan kami tidak dapat membincangkan sebarang prosedur ini secara terbuka.

"Pemeriksaan keselamatan adalah mandat oleh pihak berkuasa keselamatan penerbangan dan ia dijalankan oleh mereka," kata jurucakap itu.

Seorang juruterbang MAS memberitahu The Star bahawa terdapat beberapa keselamatan dan prosedur keselamatan untuk anak-anak kapal dan kokpit pesawat.

Beliau berkata, terdapat satu peraturan di mana juruterbang dan pembantu juruterbang akan diberikan set hidangan makanan berbeza, yang bertujuan menggelakkan sebarang kemungkinan kedua-dua mengalami keracunan makanan pada masa yang sama.

"Langkah lain apabila anak kapal perlu membuat semakan terhadap semua bahagian di dalam kokpit, kabin , kawasan rehat anak-anak kapal, dapur dan tandas untuk mengesan sebarang objek asing sebelum pesawat dinaiki penumpang.

"Pramugara dan pramugari juga mesti memantau pelancong yang berkelakuan mencurigakan atau penumpang yang mengambil bagasi masuk ke dalam tandas," kata juruterbang itu yang enggan dikenali.

MAHB mengingatkan semua pelancong yang berlepas dari KLIA untuk penerbangan destinasi antarabangsa bahawa mereka perlu membuat pemeriksaan di dalam tempoh tiga jam yang ditetapkan.

"Ini adalah supaya mereka akan mempunyai masa yang mencukupi untuk pemeriksaan imigresen dan keselamatan. Pemeriksaan ketat adalah untuk keselamatan pesawat, penumpang dan anak kapal, dan semua orang perlu memberi kerjasama sepenuhnya," kata jurucakap itu.
sumber: http://www.mstar.com.my/

Kilafairy Gantikan Hanez Suraya Dalam Projek Kahwin


Kilafairy

Pelakon Kilafairy ditawarkan menggantikan tempat Hanez Suraya dalam pementasan teater Projek Kahwin yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada Jun ini.

Ia berikutan selepas Hanez membuat keputusan menarik diri daripada pementasan teater tersebut gara-gara kontroversi percintaannya dengan ahli perniagaan, Romie Razin Adilha yang masih bergelar suami.

Penerbit teater tersebut, Mohd Amer Shafiq Khalip atau lebih dikenali sebagai Shawn Amer berkata, bagaimanapun pihaknya di bawah syarikat Mask Team itu belum 'mengikat' aktres itu menerusi sebarang perjanjian kontrak lagi.

"Tidak dinafikan, Kilafairy antara pelakon yang dimuktamadkan untuk menggalas watak Hanez sebagai Nisa. Tetapi kami belum membuat sebarang ikatan kontrak lagi.

"Dalam pada itu, pihak kami turut membuat senarai pendek beberapa pelakon lain yang sesuai untuk menggalas watak tersebut.

"Pihak kami akan membuat pengumuman rasmi di Istana Budaya pada Selasa ini," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Ahad.

Hanez Suraya

Sementara itu, Shawn berkata, walaupun Hanez menarik diri, namun pihaknya masih belum memberi maklum balas secara hitam putih kepada pelakon itu lagi.

Malah pemilihan pelakon lain yang dilakukan oleh pihak produksi itu sekadar perancangan 'plan B' sekiranya Hanez benar-benar tidak terlibat dengan teater tersebut.

"Setakat ini, Hanez tidak pernah memberi masalah kepada pihak produksi, tetapi kami hormat dengan apa saja keputusannya," ujarnya.

Projek Kahwin yang akan dipentaskan bermula 6 hingga 14 Jun depan turut menampilkan barisan pelakon seperti Izzue Islam, Shah Iskandar, Imam Muda Asyraf, Sherry Alhadad dan Zulin Aziz.
sumber: http://www.mstar.com.my/
 
© INFO SANTAI All Rights Reserved