Pergaduhan itu tiada kaitan dengan perasaan cemburu mereka terhadap kejelitaan Ziana Zain tetapi disebabkan mereka berebutkan Ziana untuk menjadi penyanyi undangan pada program hiburan terbitan mereka.
Ekoran itu, timbul cerita di kalangan staf stesen TV yang mendakwa kakak kepada penyanyi Anuar Zain itu berat sebelah. Ini kerana Ziana diketahui sering menolak undangan menyanyi di stesen TV B dengan memberikan bermacam-macam alasan.
Bagaimanapun, jika mendapat tawaran menyanyi di stesen TV A, Ziana tidak pula menolak malah terus bersetuju. Perkara tersebut menyebabkan penerbit stesen TV B sentap.
sumber; http://plbgaimacam.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment