Nisdawati & Fouzi Sengaja Manipulasi Keadaan - Sharnaaz Ahmad

on Tuesday, 25 February 2014

Sharnaaz Ahmad menganggap kenyataan Lisdawati yang mendakwa diserang sehingga menyebabkannya mengalami tekanan darah tinggi adalah tuduhan mengarut.

Sharnaaz Basir Ahmad, 29, berkata, dia enggan mengulas panjang berhubung perkara tersebut namun menganggap Lisdawati bersama suaminya, Fauzi Nawawi sengaja memanipulasi keadaan apabila mengeluarkan tuduhan sedemikian.

"Mereka memang sengaja memanipulasikan keadaan. Biarlah apa mereka nak cakap... cakaplah.

"Buat masa ini saya tidak mahu beritahu apa-apa. Tunggulah... bila saya bersedia untuk menjawab persoalan semua," katanya.

Sebuah akhbar pada Isnin melaporkan Sharnaaz telah menyerang Lisdawati, 35, di lokasi penggambaran drama Bukan Aku Tak Cinta di Sungai Buloh pada 19 dan 21 Februari lalu.

Peristiwa itu menjadi tegang apabila suami Lisdawati iaitu Fauzi Nawawi, 40, dikatakan menerima khidmat ringkas (SMS) daripada Sharnaaz berbaur ugutan selepas dia bertanyakan hal berkenaan.

Lisda mendakwa mengalami darah tinggi akibat kejadian itu. Dia dan suami turut membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada Sabtu lalu sebagai langkah keselamatan diri.

Sementara itu, Shaarnaz menambah, dia tidak gentar dengan laporan polis dibuat mereka kerana dia percaya berada di pihak yang benar.

"Senang saja. Kalau dia main cara polis, kita pun main cara polis," ujarnya dalam nada tegas.

Lisdawati yang dihubungi pula berkata, sebagai ibu mengandung, dia tidak mungkin akan memanipulasikan keadaan kerana dirinya sememangnya diserang Sharnaaz secara mengejut.

"Buat apa saya nak manipulasikan keadaan. Dia yang mula dulu. Saya pun terkejut. Kalau tak percaya, tanyalah pelakon-pelakon yang ada pada kejadian itu. Saya tak sangka dia berperwatakan begitu," tuturnya yang mengandung lapan bulan.
"Perkara ini berlaku sewaktu hari terakhir penggambaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta pada 19 Februari lalu. Semuanya bermula ketika penggambaran yang membabitkan babak antara Sharnaaz dan Iqram Dinzly. Ketika itu ada babak Iqram menyergah Sharnaaz sehingga membuatkan dia terkejut sehingga babak itu tidak jadi dan terpaksa dibuat semula. Jadi, saya dan kru produksi yang ketawa dengan aksi terkejut Sharnaaz itu.

"Kemudian, saya lihat wajah Sharnaaz terus berubah dan dia terus datang dan menengking ke arah saya secara tiba-tiba. Ternyata tindakannya itu agak mengejutkan dan membuatkan kru yang lain terus terdiam.

Semakin berpanjangan isu ini nampaknya, diharap semuanya boleh diselesaikan dengan baik.
sumber:kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved