Min Yasmin Semakin Sibuk Urus Perkahwinan

on Friday, 14 February 2014

Min Yasmin yang popular dengan lagu "Jauh Di Mata" nampaknya semakin sibuk dengan persiapan mendirikan rumahtangga bersama komposer terkenal, Julfekar.

Menerusi akaun Instagramnya, Min dilihat mengadakan sesi 'fitting' baju pengantin serta melawat dewan resepsi bersama bakal suaminya itu.

"Kami rancang akan buat penghujung bulan Mac ini. Tetapi masih tidak mempunyai takrikh yang ditetapkan lagi. Jangan risau, bila jumpa tarikh nanti kami akan memberitahu pihak media," ujar Julfekar sebelum ini.

Dengan persiapan yang semakin rancak dilakukan oleh Min dan Julfekar, tentunya tarikh hari bersejarah mereka semakin hampir.

Semoga semuanya berjalan dengan teratur dan mengikut jadual yang mereka telah tetapakn, insyaallah.

sumber:kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved