Umum tahu kisah percintaan dua pelakon ini yang pernah dilanda kontroversi bila Fizz secara tiba-tiba mengikat pertunangan dengan wanita lain. Namun, semuanya berakhir bila Fizz dikatakan telah ditipu wanita tersebut.
Almy yang masih terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh Fizz semalam mengesahkan mereka bakal berkahwin Mei ini.
Almy ketika dihubungi memberitahu dia kini sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis pernikahan dan resepsinya nanti, selain terikat dengan jadual penggambaran.
Syukur Alhandulillah kerana akhirnya doa kami dimakbulkan. Setelah pelbagai dugaan yang kami tempuhi, akhirnya kami bakal menerajui bahtera perkahwinan bersama.
Ditanya mengenai kontroversi yang pernah menghimpit hubungan mereka sebelum ini, Almy berkata masing-masing sudah melupakan perkara yang sudah lepas.
Apa yang terjadi kami jadikan sebagai pengajaran. Ini semua kuasa Allah, mungkin sudah tertulis jodoh kami kuat dan kini kami sudah bersedia untuk melangkah ke fasa lain dalam kehidupan kami.
Semua manusia membuat kesilapan, bagi saya, yang sudah lepas tu biarlah lepas, saya lebih berfikiran positif dan berdoa semoga setiap hari akan ada perkara baik berlaku.
Almy turut meminta peminat untuk mendoakan kebahagian rumahtangga yang bakal dibina dan meminta semua pihak tidak lagi bercakap tentang perkara yang sudah lepas.
sumber: http://www.ohbulan.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment