Tidak sampai setahun usia perceraiannya dengan dramatis terkenal, Rita Rudaini, Aidil Zafuan kini mula sibuk membuat persiapan untuk perkahwinan keduanya.
Biarpun sibuk dengan kerjaya sebagai pemain bola sepak di Johor, namun nampaknya Aidil tetap mencari masa bagi menempah dan menghadiri sesi fitting baju perkahwinannya di butik Cosry.
Perkara itu telah dikongsikan sendiri oleh Aidil di laman Instagram miliknya menerusi caption ‘Fitting at Cosry with Abg @putraaziz_cosry.’
Gambar tersebut mendapat perhatian ramai dan kebanyakan peminat meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat Aidil berbusana pengantin di hari bahagianya nanti.
Seperti yang umum sedia maklum, Aidil telah membuat pengakuan untuk berkahwin dengan kekasihnya, Zarema Zainal pada bulan Mac ini.
Aidil bersama bakal isterinya, Zarema Zainal
Biarpun atlet popular ini pernah mendirikan rumahtangga, tetapi pastinya majlis mereka nanti bakal diraikan penuh meriah, apatah lagi ianya merupakan pernikahan pertama Zarema.
Jika anda masih ingat, keluarga Aidil pernah kecewa dengan perkahwinannya bersama Rita Rudaini kerana pasangan itu memilih untuk bernikah di Thailand tanpa pengetahuan keluarga.
Bagaimanapun, Aidil kini lebih mementingkan restu orang tua memandangkan dia sendiri mengakui hubungannya dengan Zarema telah mendapat restu kedua belah keluarga.
Mungkin ini adalah jodoh yang telah tertulis untuk Aidil. Apapun, sama-samalah kita menantikan majlis gilang-gemilang pasangan ini dan mendoakan kebahagiaan mereka.
sumber: http://www.ohbulan.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment