Difahamkan, kereta dinaiki penyanyi Aku Suka Kamu yang juga pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan beberapa rakannya dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang.
“For those who keep asking me about the accident that involved me with my 4 other dear friends which was happened at 9.30 pm yesterday, so basically this is the image of it. I took it from the google image. Sebab dah keluar dekat Berita Harian and NST online punya news. Alhamdulillah tiada siapa yg cedera parah. Cuma cedera ringan, luka2 sikit dan sakit2 badan kerana impact yang terlalu kuat. Accident berlaku ketika dalam perjalanan daripada Sg Chuchuh ke Wg ulu melalui jalan Sg Batu Pahat. Jalan tu terlalu gelap, tiada lampu jalan, dan sangat lah licin. so org perlis please please please make sure bawak seslow yg mungkin dekat kawasan tu. Bahaya, jalan sgt licin dan bengkang bengkok. Senang je nak terbabas kalau terbawak laju sikit dan itulah yg terjadi kpd kami. Kwn baik sy which is the one yg drive mngalami sedikit trauma, dua kawan yg lain luka2 di muka dan tangan, dan sy dan seorang kwn lagi cuma mengalami lebam2 dan sakit2 badan yg teramat. Jgn risau tiada siapa yg cedera parah. Terima kasih atas keprihatinan anda semua. Jujur, sy terharu dan hargai sgt. Cuma berikan sedikit masa kpd saya utk berehat sbelum mengasak saya dgn pelbagai soalan2 utk ditemuramah. Harap anda semua faham ya. Terima kasih di atas doa anda semua.”
Kesemua mangsa yang cedera ringan dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah untuk mendapatkan rawatan. Ini bukan kali pertama Ainan Tasneem mengalami kemalangan.
Sebelum ini Ainan Tasneem pernah mengalami kemalangan kecil yang melibatkan Myvi putih. Namun ia merupakan satu kemalangan kecil sahaja.
Ketika ini, Ainan juga dilaporkan mahu berehat seketika dan tidak mahu diganggu (ditemuramah).
sumber:kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment