PELAJAR MALAYSIA CEDERA TERKENA PELURU SESAT DI MADINAH

on Thursday 9 January 2014


Madinah Nasr, 8 Januari 2014, seorang graduan Usuluddin Al-Azhar terkena serpihan besi dipercayai percikan daripada peluru sesat. Semasa kejadian beliau dalam usaha menghantar isterinya ke kuliah untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. Isterinya sedang menuntut di kuliah Ulum Islamiah Universiti Al-Azhar.



Keadaan tersebut terjadi berikutan tembakan rambang yang dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap demonstran aman yang berkumpul di sekitar Masjid Salam, Hayyu Asyir. Walaubagaimanapun isteri beliau tidak mengalami apa-apa kecedaran.


Mangsa, 27 telah pun mendapatkan rawatan di hospital, keadaan beliau dilaporkan stabil dan hanya mengalami luka kecil di bahagian muka. IKRAM Mesir telah memaklumkan pada pihak kedutaan. Semua mahasiswa dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dengan situasi semasa yang berlaku di Mesir
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved