Gadis comel terlekat cincin di P.Pinang terpaksa panggil bomba.

on Thursday 9 January 2014


Seorang gadis telah mengalami satu kejadian yang agak malang apabila cincin yang dipakainya terlekat di di jari telunjuknya.

Cincin yang disarungkan di jari telunjuk gadis tersebut tidak dapat dikeluarkan selepas disarungkan kerana saiz yang sedikit kecil.

Menurut ahli keluarga mangsa,mereka telah cuba dengan pelbagai cara untuk mengeluarkan cincin tersebut tetapi menemui jalan buntu.


Ayah kepada gadis tersebut terpaksa memohon bantuan dari pihak bomba untuk mengelakkan kecederaan kepada anak gadisnya.Pihak bomba dari Butterworth telah menghantar sepasukan anggotanya untuk membantu mangsa.



Pihak bomba tidak mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan cincin tersebut.Cincin tersebut telah berjaya dipotong dengan menggunakan alatan khas.

Keluarga mangsa mengucapkan ribuan terima kasih diatas bantuan dari pihak bomba dan sekalung tahniah diucapkan kepada anggota bomba terlibat kerana berjaya membantu mangsa tanpa sebarang kecederaan.

Sumber : UtaraNews.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved