Faizal Ismail Sudah Tidak Popular?

on Thursday, 30 January 2014

Pada bulan Oktober tahun lalu, Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI ini telah membuat satu kejutan besar apabila memutuskan untuk meletak jawatan sebagai penyampai radio di Hot FM.

Pada ketika itu, ramai pihak yang beranggapan bahawa pengumuman yang dilakukan secara langsung ketika waktu siaran Hot FM AM Krew itu hanyalah sebagai gimik. Telahan itu ternyata salah apabila FBI sememangnya serius dengan hasratnya.

Namun, adakah perletakan jawatannya itu menjadi punca kegagalan FBI untuk tersenarai dalam senarai finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) kali ini?
Faizal Ismail tidak tersenarai dalam finalis ABPBH 2013

Menurut laporan Berita Harian, FBI yang merupakan penyandang gelaran Anugerah Penyampai Radio Lelaki Popular selama 6 tahun berturut-turut itu mengatakan bahawa populariti semasa amat mempengaruhi trendpengundian.
“Macam saya sendiri, saya akui kurang menyerlah dalam kerjaya sepanjang tahun lalu. Program kendalian saya juga tidak banyak. Program Apa Saja FBI pun baru saja disiarkan.”
Apa yang lebih mengejutkan, nama penyampai radio berusia 38 tahun itu juga tidak tersenarai sebagai finalis dalam kategori Pengacara TV Lelaki Popular.

“Kalau kita lihat nama yang tersenarai dalam kategori Pengacara TV Lelaki Popular tahun ini, mereka memang menjadi sebutan ramai, contohnya Zizan dan Nik Michael.
Tetapi tidak mengapa, saya sudah melalui situasi itu dan pernah menang 6 tahun berturut-turut sebagai Penyampai Radio Lelaki Popular. Cuma bagi kategori pengacara saja belum pernah menang.”

Walaubagaimanapun, FBI yang baru sahaja menimang cahaya mata perempuan ini masih berkhidmat sebagai penyampai radio separuh masa di Hot FM.
sumber: http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved