Pernah digosipkan bercinta dengan beberapa jejaka tampan, Maya kini tampil memberitahu peminat bahawa hatinya kini sudah dimiliki.
Tapi, siapa jejaka bertuah yang berjaya memikat hati wanita berdarah kacukan Melayu-Jerman, ini?
Menurut laporan Sinar Harian semalam, Maya mengaku dirinya kini cukup gembira dan kini sudah enam bulan mengenali jejaka istimewa itu.
Bagaimanapun, Maya tidak mahu menghebohkan individu yang kini bertakhta dihatinya itu kerana tidak mahu kisah peribadi menjadi tumpuan berbanding karier seninya.
“Alhamdulillah, saya cukup gembira dengan kehidupan sekarang. Memang saya sudah ada teman istimewa, dan sudah enam bulan kami mengenali.
“Cukuplah sampai situ sahaja. Saya tidak selesa jika hal seperti ini dijadikan tumpuan,” jelasnya.
Maya turut mengakui dirinya tidak pernah serik untuk bercinta dan akan memaklumkan kepada semua peminat jika ada berita baik darinya.
Dalam perkembangan terbaru, Maya berkata filem Sejoli adalah satu-satunya filem yang sudah pasti ditayangkan manakala tiga lagi filem lakonannya seperti Juwanita, Lagenda Budak Setan 3 dan Nota masih belum diketahui tarikh sebenar tayangannya.
sumber:http://www.ohbulan.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment