Jarang sekali kita dengar kontroversi yang mengaitkan nama Maya Karin. Kalau ada pun, ianya tidak terlalu diperbesarkan peminat dan terus dilupakan begitu sahaja kerana pelakon filem Ombak Rindu itu lebih suka berdiam diri dan tidak melayan karenah mereka.
Bercakap tentang teman pengganti, Maya Karin baru-baru ini telah mendedahkan sekeping gambar yang tertera wajah kekasih barunya. Lelaki bertuah itu memang kacak dan segak orangnya.
Menurut aktres berusia 34 tahun itu, kekasih hatinya bukan dari kalangan industri hiburan dan mereka sudah bercinta sejak enam bulan lalu. Setakat ini, Maya karin mengakui bahagia dan gembira dengan kehadiran jejaka itu.
“Alhamdulillah saya cukup bahagia sekarang. Saya sudah mempunyai teman istimewa tetapi tak boleh didedahkan dahulu. 6 bulan sudah kami berkawan dan mengenali."
"Buat Sementara waktu ini saya tidak mahu bercakap lebih tentangnya kerana ianya masih baru lagi dan apabila sudah sampai masanya saya akan menceritakan kesemuanya.”
Bagaimanapun, Maya menolak untuk mendedahkan identiti lelaki yang berjaya membuka hatinya kembali untuk bercinta kerana takut disalahtafsir orang tidak bertanggungjawab dan berniat menjatuhkan maruahnya.
Mari skodeng sekeping gambar wajah kekasih baru Maya Karin di bawah. Kacak tak?
sumber: http://plbgaimacam.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment