Gempar, Gereja di Baling Bom Petrol

on Tuesday, 28 January 2014

Pekarangan sebuah gereja di Lebuh Farquhar di sini, dilempar bom petrol dipercayai dilakukan dua lelaki jam 1.30 pagi, semalam.

Ketika kejadian, seorang pekerja gereja berusia 71 tahun ternampak kelibat dua lelaki menunggang sebuah motosikal menghampiri gereja itu sebelum membaling dua botol bom petrol ke pekarangan gereja sebelum melarikan diri.

Bagaimanapun, hanya satu daripada dua botol bom petrol dihasilkan menggunakan botol minuman keras yang dibaluti kain itu meletup dan terbakar.

Berikutan letupan itu, pekerja gereja terbabit bergegas ke tempat bom petrol itu terbakar dan terus memadamkan kebakaran kecil itu sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, tiada kerosakan serius berlaku kerana hanya satu daripada dua botol bahan letupan itu meletup.
sumber: kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved