Johan As’ari Nafikan Guna Agama Untuk Rapat Dengan Wanita

on Saturday, 4 January 2014


Kalau sedar, sebenarnya tidak banyak kenyataan keluar dari mulut Johan As’ari selepas keputusan kontroversi beliau untuk memutuskan hubungan dengan Lana Nordin dengan alasan keluarga tidak merestui hubungan mereka.

Johan As’ari sehingga hari ini menerima banyak kritikan & kecaman dari para peminat mengatakan dirinya seorang lelaki kasanova dan suka mempermainkan hati wanita.

Bercakap kepada Sinar Harian hari ini, Johan As’ari tidak melatah dengan segala apa kritikan yang timbul dan terus bersyukur kerana mempunyai peluang untuk memperbaiki dirinya sendiri lepas kontroversi tersebut.

“Setulus hati saya tak pernah terdetik untuk mempermainkan perasan wanita. Segala yang berlaku adalah asam garam kehidupan. Soal menggunakan agama untuk rapat dengan wanita pastinya tak benar, kerana bagi saya dakwah itu adalah kerja kita sesama Muslim”

“Manakala tanggungjawab & aktiviti sehari-hari adalah ibadah kita. Ke mana jua saya pergi agama tetap saya bawa bersama,” ujar Johan As’ari.

Mengakui diri sebagai manusia biasa yang tidak terlepas dari membuat kesilapan, Johan As’ari berharap semua pihak tidak memanjangkan kontroversi ini dan turut bimbang ianya akan kembali terjadi. (rtky/m) –sumber



sumber: http://syokbah.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved