Mak, abah, kita pergi Mekah.
Jika anda masih ingat, itu adalah ungkapan pertama Hairul Azreen sebaik sahaja dia dan Dazrin Kamaruddin dinobatkan sebagai juara Fear Factor Selebriti Malaysia.
Sejak dari hari itu, Hairul dilihat sering berusaha untuk menjadikan impiannya itu satu kenyataan termasuklah bersiap sedia menghadiri kursus umrah bersama ibu bapanya.
Mengikut perancangan awal, pelakon ini dikhabarkan mahu ke tanah suci pada bulan Julai tahun lepas iaitu sekitar penghujung Ramadhan, namun terpaksa menangguhkan niatnya atas sebab-sebab tertentu.
Bagaimanapun dalam diam rupanya Hairul dan keluarga telahpun bertolak untuk mengerjakan umrah sejak dua minggu lepas dan baru sahaja pulang pada 1 Januari lalu.
Pemergiannya yang tidak digembar-gemburkan itu menyebabkan ramai peminat terkejut apabila Hairul berkongsi gambar di hadapan Kaabah bersama keluarganya petang semalam.
Apa yang pasti, Hairul kelihatan cukup gembira kerana dapat menunaikan hasrat terpendam sekaligus berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak kepada ibu bapanya.
Malah jejaka yang digosipkan bercinta dengan Hanis Zalikha ini juga menganggap pencapaiannya itu merupakan penutup tahun 2013 yang cukup indah sebelum memulakan tahun baru.
Apapun buat peminat Hairul, jom lihat penampilan terbaru pelakon kesayangan anda ini dan aktiviti pertama yang dilakukan bersama rakan-rakan sekembalinya dari mengerjakan umrah.
sumber:http://www.ohbulan.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment