Di Hukum Sebat 80 Kali Kerana Buat Fitnah

on Sunday 5 January 2014



Mahkamah Arab Saudi menjatuhkan hukuman sebatan 80 kali dan penjara tiga bulan bagi lelaki yang menyebarkan fitnah di Twitter. Mangsa adalah seorang artis yang berasal dari Kuwait yang dituduhnya telah berzina.

Diberitakan Al-Arabiya, Kamis 2 Januari 2014, mahkamah memutuskan lelaki yang tidak disebutkan namanya itu bersalah telah menyebar fitnah terhadap penyanyi wanita bernama Shams tanpa bukti. Lelaki ini juga menyebarkan foto hasil manipulasi Shams di akaun Twitternya.

Berdasarkan undang-undang syariah Islam di Saudi, selain disebat 80 kali dan dipenjara tiga bulan, dia juga akan didenda 10,000 riyal atau (RM8,757). Menurut peguam Shams, hukuman ini masih terlalu ringan, lalu mereka merayu.

Shams memfailkan saman malu terhadap pemilik akaun Twitter ‘the lawyer of Queen Ahlam’ (peguam Queen Ahlam) penyanyi pop yang juga saingan Shams di negara Teluk itu.

Lelaki terbabit turut memuat naik gambar yang dipalsukan menunjukkan penyanyi berkenaan dalam keadaan yang dilapor Sabq sebagai tidak sopan.
sumber: http://lawaksiyot.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved