Belum Sedia Tukar Agama

on Sunday 5 January 2014

Setelah sekian lama dibawah pengurusan Astro, penyanyi berumur 24 tahun ini semakin yakin untuk berdikari. Stracie Angie Anam yang lebih mesra disapa Stacy tidak ubah seperti percikan bunga api yang menerangi malam sepi walaupun hadirnya cuma seketika.

Tidak banyak kontroversi mahupun kisah sensasi mendahului kariernya, Stacy bagaimanapun semakin kerap serius bersama penyanyi Akim. Stacy yang di ambang perkahwinan menuntutnya berfikir tentang kepercayaan.

Penyanyi yang popular dengan lagu Aku Stacy dan Bosan itu turut mengakui mindanya semakin terbuka tentang Islam namun dia masih belum mahu bercerita lebih kerana agama boleh menjadi isu yang sensitif. Sensasi Bintang sempat menemuramah Stacy tentang perancangan masa depannya.

Sudah lima tahun saling kenal mengenali bahkan kerap juga heboh tentang percintaan bersama Akim, jadi setakat ini, boleh kongsikan status hubungan itu?
STACY: Sejujurnya antara saya dan Akim hanyalah sekadar kawan. Saya menganggap dia sebagai teman rapat dan tidak lebih daripada itu. Dahulu kami kerap berjumpa sehingga keluarga saya mengenalinya. Akim juga suka mesra dan kerap bermain dengan Bella, anak angkat saya. Buat masa ini, sebenarnya kami sudah lama tidak berjumpa dan kali terakhir bertemu ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.

Adakah benar dakwaan mengatakan Stacy mengakui sedang hangat bercinta dan bersedia untuk berkahwin dengan Akim?
Tidak. Terlalu awal untuk berbicara tentang jodoh. Lagipun, saya dan Akim hanyalah sekadar teman biasa yang tidak mempunyai sebarang hubungan intim. Kami berdua sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga untuk berjumpa pun susah apatah lagi mempunyai masa untuk bercinta.

Bagaimana pula dengan isu kesediaan Stacy untuk memeluk agama Islam?
Saya pelik bagaimana isu tersebut timbul sedangkan saya hanya meluahkan rasa kagum saya terhadap agama dan masyarakat Islam di negara ini. Dalam masa yang sama, saya masih berpegang dengan agama Kristian. Buat masa ini, saya benar-benar belum bersedia berkahwin apatah lagi menukar agama.

Apa pula komen keluarga Stacy apabila mereka membaca artikel yang mengatakan anda bersedia untuk memeluk agama Islam?
Itulah, mereka sangat terkejut tetapi saya telah menjelaskan kepada mereka agar tidak menyalah anggap mengenai artikel tersebut. Saya perlu menjaga hati dan perasaan mereka.

Jadi, adakah Stacy akan memeluk Islam?
Jikalau ditakdirkan untuk memeluk agama Islam, biarlah ia datang sendiri dari hati saya dan bukannya kerana cinta atau sebab-sebab lain. Soal agama tidak boleh dibuat main. Jadi saya terkilan dan terkejut apabila ramai yang menulis artikel kesediaan saya untuk memeluk agama Islam sedangkan saya hanya kagum. Itu sahaja.

Apakah yang membuatkan Stacy kagum dengan agama Islam?
Meskipun di Sabah terdapat golongan beragama Islam tetapi cara pergaulan, adab dan budaya di sana sangat berbeza dengan di Kuala Lumpur. Pertama kali saya datang ke sini saya terkejut melihat pergaulan antara golongan muda dan yang tua.
sumber: http://braderpanas.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved