Aril Af dan isterinya Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin yang baru melangsungkan perkahwinan 20 Disember lalu terpaksa berpisah seketika dengan isterinya yang kini menetap di Jeddah kerana bekerja dengan syarikat penerbangan Arab Saudi.
Menurut Aril lagi,
"Lepas nikah hari tu, isteri saya terus kena pulang ke Jeddah. Nak buat macam mana. Dah tuntutan kerja.
Dalam pada itu, Aril juga mengakui tidak sabar untuk duduk sebumbung dengan isterinya, Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin, apabila wanita yang baru dikahwininya itu bakal menetap di Malaysia semula tidak lama lagi.
"Namun Insya Allah, dalam tempoh 3 hingga 4 bulan yang akan datang, dia akan kembali menetap di Malaysia.
"Bukan sebab dia berhenti kerja tetapi sebab dia tidak lama lagi syarikat penerbangan Arab Saudi akan membuka cawangan mereka di Kuala Lumpur. Jadi, isteri saya sudah pun membuat permohonan untuk bekerja dengan syarikat penerbangan tersebut di Malaysia.
"Memang tak sabar nak tunggu detik-detik itu dan lepas nikah pun saya akan terus menetap di rumah peninggalan arwah abang saya, Izwan Pilus.
"Sekarang ni nak plan cuti bulan madu pun tak boleh lagi. Insya Allah, tunggulah bila resepsi kami di Kuala Lumpur selesai nanti. Kami cadang nak buat di Saloma Bistro sekitar Mac nanti .
"Namun, tarikhnya masih tidak ada lagi. Yang penting, resepsi di Saloma Bistro ini saya adakan khas buat kalangan ahli keluarga, rakan-rakan serta pijak media dan hanya yang dijemput saja boleh datang ," katanya kepada rakan media.
Berwalikan bapa Puteri Erma Edlinda sendiri, Aril memperisterikan pramugari syarikat penerbangan Saudi Arabia itu dengan mas kahwin sebanyak RM15,000 serta 9 dulang hantaran berbalas 9 daripada pihak pengantin perempuan.
sumber:kezoom
{ 1 comments... read them below or add one }
cantik nye...fizo ingat bini dia jer yg cantik lagi cntik bini arel nie
5 January 2014 at 14:28
Post a Comment