Menurut Stacy, sehingga kini dia dan Akim berkawan rapat. Bagaimanapun ia bukan bererti mereka bercinta.
“Memang sudah lima tahun kami berkawan, tapi bukan bercinta. Kami juga tidak akan ke fasa seterusnya kerana saya masih belum memikirkan soal kahwin. Saya baru 23 tahun. Masih panjang lagi masa untuk saya berfikir sejauh itu.
“Saya memang rapat dengan Akim, cuma sekarang, masing-masing sibuk dan kami sudah lama tak berhubung. Tapi akan berkomunikasi melalui telefon sahaja,” tutur gadis pulau Borneo ini berhati-hati bimbang salah faham berulang.
Ketika diminta mengulas mengenai kesediaannya memeluk agama Islam, Stacy berkata : "Saya belum bersedia tetapi sangat mengagumi agama Islam, apatah lagi saya banyak bergaul dengan mereka yang beragama Islam.
“Perkara ini sensitif. Saya tak berani nak cakap lebih-lebih apatah lagi melibatkan hal agama. Tapi kalau satu hari nanti ditakdirkan saya memeluk Islam, saya akan buat dari hati saya. Ia tidak melibatkan sesiapa,” katanya.
sumber:kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment