Fida Ibrahim Diserang Dato’ Terlajak Laris?

on Tuesday, 31 December 2013


Dalam pada seluruh rakyat Malaysia ‘terhibur’ melihat video iklan komersial produk Beauty Umaira yang menampilkan Syasya, Bobo dan Kak Ton di internet, tanpa disangka penyanyi dan pelakon Rafidah Ibrahim turut terkena tempiasnya.

Alkisahnya, Rafidah atau lebih mesra disapa Fida telah diserang oleh seorang lelaki berpangkat Dato’ di laman sosial.

Dato’ bernama Aliff Syukri yang juga merupakan pengasas produk kosmetik dan kesihatan D’Herbs telah meluahkan rasa tidak puas hati kepada Fida yang dianggap seakan memandang rendah kepada rangkaian produk Terlajak Laris miliknya.

Selain mempertikaikan tindakan selebriti tersebut, Dato’ Aliff juga seolah-olah mendakwa Fida sengaja berbuat sedemikian untuk mencari publisiti murahan.

Fida bagaimanapun tidak mendiamkan diri sebaliknya turut sama memuatnaik sekeping foto dengan menjelaskan bahawa akaun yang dikatakan oleh Dato’ Aliff itu bukanlah miliknya.

Difahamkan, terdapat seorang individu tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama serta gambar Fida di beberapa laman sosial.


Ni sape pulak ni? Kalau nak popular sangat jangan sampai gunakan nama dan gambar saya. Tak cukup lagi ke nak buat cerita buruk tentang saya? Kenapa ada lagi rakyat Malaysia yang macam ni ya? tak pasal-pasal Dato’ Terlajak Laris marah saya pulak. Tolong hentikan walau siapa pun anda kat luar sana yang menggunakan status Fida Ibrahim!

Tidak berapa lama kemudian, Dato’ Aliff dilihat memohon maaf kepada Fida dan berharap supaya akaun palsu berkenaan dipantau agar tidak mendatangkan kesulitan di masa hadapan.
sumber: http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved