Warga Indonesia Pemilik Pertama iPhone 5S

on Sunday 22 September 2013

Australia menjadi negara pertama yang memasarkan iPhone 5S malam semalam (20 September), kira-kira jam 8 pagi waktu tempatan.

Jimmy menunjukkan dua kotak iPhone 5S yang dibelinya.

Bagaimanapun, pembeli pertama yang membeli gajet itu ternyata adalah warga Indonesia yang menetap di negara itu.

Jimmy Gunawan, 33, yang sekali gus menjadi pemilik pertama iPhone 5S di dunia mengakui sudah menunggu di depan kedai Apple di Sydney sejak tengah malam dan juga menjadi orang pertama dalam barisan. Menurut Jimmy, pembeli iPhone kali ini tidak seramai seperti sebelumnya.

“Tahun lalu ketika saya datang ke sini pada waktu yang sama, sudah ada 20 orang yang menunggu,” katanya sebagaimana dipetik daripada laman berita The Australian.

Jimmy yang bertugas sebagai pereka grafik sambilan membelanjakan kira-kira AUS$2,000 (RM5,976) untuk membeli dua unit iPhone itu iaitu satu untuk dirinya dan satu lagi untuk ibunya di Indonesia.

Menurut kajian dilakukan, pengguna di Australia mengeluh kerana harga iPhone 5S dijual dengan harga mahal.

JIMMY menunjukkan dua kotak iPhone 5S yang dibelinya.

Di negara berkenaan, iPhone 5C dijual pada harga $739 (RM2,206), manakala harga iPhone 5S, $1,129 (RM3,370). -Agensi
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved