Wanita Ini Selamat Walaupun Keretanya Leper Di Hempap Kontena

on Friday 27 September 2013

 

Seorang wanita Cina begitu bernasib baik selepas kereta beliau telah dihempap oleh kontena 40 kaki.
Wanita itu memandu bersebelahan sebuah lori yang membawa kontena, yang tiba-tiba terbalik dan menghempap kereta beliau.

Kontena dikatakan terjatuh dari atas lori, menyebabkan separuh bahagian atas keretanya ranap.
Kejadian ini di laporkan berlaku jalan raya di Zhangjiagang di Wilayah Jiangsu China.

Anggota bomba telah dipanggil ke tempat kejadian, tetapi terpaksa menunggu hampir dua puluh minit untuk ketibaab kren yang cukup kuat untuk mengangkat kontena dari atas kereta.

Penyelamat dan orang ramai yang berkumpul kemudiannya terkejut mendengar suara dari dalam kereta menjerit meminta pertolongan.

Ahli bomba berjaya memotong kereta dengan alat pemotong dan menarik wanita itu, tiada kecederaan serius di laporkan ke atas beliau..
lihat gambar seterusnya,di bawah..








Sumber : Dairishare
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved