Kira-kira awal bulan lepas, Kilafairy ada berkongsi beberapa keping foto ‘teaser’ di Instagram yang menunjukkan dirinya sedang menari tarian ghairah dan kelihatan sangat seksi.
Sejak dari itu ada yang berpendapat anak kepada Rohana Jalil ini sebenarnya sedang menjalani penggambaran untuk sebuah muzik video yang memerlukannya untuk menari sebegitu.
Teka-teki akhirnya terjawab apabila pihak Warner Music Malaysia telah memuat naik sebuah muzik video berjudul Resolusi gandingan RJ feat Kilafairy.
Sebaik sahaja menekan butang ‘play’ pada MV tersebut, penonton mula ditayangkan dengan gaya seksi Kilafairy yang sedang asyik menari sambil berlatar belakangkan cahaya malap.
Namun di hujung video, mereka ada menyelitkan sedikit drama yang menunjukan Kilafairy seakan ingin mendampingi RJ tetapi hasratnya ditolak dingin oleh jejaka itu.
Entah mengapa, tetapi OHBULAN! rasakan seolah-olah sedang menonton Beyonce ataupun J.Lo yang sedang menari di dalam MV tersebut. Mungkin kerana unsur seksi yang ditonjolkan oleh Kilafairy menepati anggapan itu.
Untuk makluman, Resolusi merupakan kerjasama pertama antara RJ dan Kilafairy. RJ mula dikenali selepas dia menggantikan tempat Malique ketika membuat persembahan bersama Black di pentas Anugerah Juara Lagu 27 menerusi lagu Teman Pengganti.
Bagi yang belum berkesempatan melihat gaya tarian yang dikatakan, di sini OHBULAN! sertakan MV Resolusi nyanyian Kilafairy dan RJ untuk tontonan anda. Semoga terhibur!
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment