Pelakon Video terlarang satu ketika dahulu mahukan ayahnya tunjuk sebab mengapa tidak boleh dipenjara.

on Saturday, 7 September 2013



Macam-macam yang berlaku di dunia akhir zaman ini. Anak mahu ayah dipenjara, ayah dera anak, suami pukul terajang isteri dan macam-macam lagilah. Memang pening kepala dibuatnya. Terbaru, Wan Nor Azlin, pelakon yang pernah popular dengan video terlarang satu ketika dahulu mahukan ayahnya tunjuk sebab mengapa tidak boleh dipenjara.

Namun pasti ada sebab mengapa Wan Nor Azlin mengambil langkah sebegini. Kes yang bermula sejak tahun 2008 ini adalah kerana isu penjualan sebuah rumah di Taman Keramat. Rumah tersebut ingin dijual oleh ayah Wan Nor Azlin tetapi Wan Nor Azlin enggan mengosongkan rumah tersebut.

Semalam Wan Nor Azlin memfailkan notis tunjuk sebab terhadap bapanya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam supaya memberikan alasan mengapa tidak boleh dipenjara. 

Berita selanjutnya dibawah.

Kuala Lumpur: Dramatis Wan Nor Azlin Wan Mohd Husain mengemukakan permohonan untuk mengenepikan saman oleh bapanya, Wan Mohd Husain Wan Ibrahim berhubung pemilikan sebuah rumah teres di Taman Sri Keramat.

Hakim Mahkamah Tinggi Rosilah Yop menetapkan 31 Mei ini untuk keputusan berhubung permohonan itu.

Wan Nor Azlin, 45, diwakili peguam Nuraini Atiqah Abdul Aziz dan Mohd Rizal Bahari.
Berdasarkan afidavit difailkan Wan Mohd Husain, 76, dia mendakwa tinggal di rumah itu bersama isterinya sehingga wanita itu meninggal dunia pada 2008.


Selepas isterinya meninggal dunia, Wan Mohd Husain mengajak Wan Nor Azlin tinggal bersama dan anaknya tidak pernah membayar sewa bulanan atau sebarang bil.

Pada pertengahan 2011, Wan Mohd Husain mahu menjual rumah itu dan meminta anaknya mengosongkan rumah bagi memudahkan proses itu.

Bagaimanapun Wan Mohd Husain berkata, Wan Nor Azlin gagal berbuat demikian dan mendakwa dia mempunyai kepentingan dalam rumah itu kerana ada memasang kabinet dapur dan almari.

Wan Mohd Husain mendakwa selain membuat gangguan terhadap proses jual beli rumah itu, Wan Nor Azlin juga mendapatkan kaveat persendirian terhadap rumah itu.

Tindakan itu menyebabkan Wan Mohd Husain trauma dan terpaksa menyewa rumah.

Oleh itu, Wan Mohd Husain memohon perintah bagi mendapat hak milikan rumah itu, kaveat tanah yang dibuat Wan Nor Azlin dibatalkan, ganti rugi dan kos lain.

Sementara itu, pada 21 Mac lalu, Wan Nor Azlin memohon untuk mendapatkan deklarasi bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa dalam memutuskan perihal rumah itu.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved