Kertas Siasatan Adi Putra, Siap!

on Friday, 20 September 2013

Kertas siasatan kes membabitkan pelakon popular tanah air kelahiran Singapura, Mohamed Hadi Putera Halim, 32, atau Adi Putra yang dikaitkan dengan penghantaran gambar lucah kepada isteri orang berusia 30 tahun akan dihantar ke pejabat timbalan pendakwa raya dalam tempoh terdekat.


Menurut kata Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, semua keterangan dan bahan bukti terutama hasil siasatan ke atas telefon bimbit milik Adi Putra serta wanita terbabit sudah lengkap.

“Kami sudah menyiapkan kertas siasatan selepas menerima laporan penuh daripada makmal forensik berkaitan telefon bimbit milik kedua-duanya.

“Kami akan menghantar kertas siasatan berkenaan ke pejabat timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat dan selepas itu, barulah diketahui sama ada dia (Adi Putra) boleh didakwa ke mahkamah atau sebaliknya,” katanya, semalam.

Menurut Ruslan, orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes terbabit.

Adi Putra sebelum ini didakwa menghantar gambar lucah kepada isteri seorang ahli perniagaan, selain berbalas mesej dengan wanita terbabit melalui aplikasi ‘WhatsApp Messenger’ (Whatsapp) sejak Julai sehingga Ogos lalu.

Sumber : kezoom.blogspot.com
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved