BMW terperosok depan rumah

on Tuesday 10 September 2013


10 September 2013

Melaka: “Kami terkejut mendengar dentuman kuat dan mendapati sebuah kereta mewah terperosok melanggar kereta kami di depan rumah,” kata Siti Nazura Ithnain, 17.

Dalam kejadian jam 3.50 pagi semalam, keluarga remaja itu gempar apabila sebuah kereta BMW dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun terbabas dan terperosok ke rumah mereka yang terletak di bawah bukit diKampung Bukit Duyong, di sini.

Lebih mengejutkan pemeriksaan mendapati lelaki berkenaan turut memiliki sepucuk pistol tiruan dan satu kelopak peluru selain satu pil dadah Eramin 5. Tidak cukup dengan itu, suspek yang dikatakan mempunyai pas Jabatan Perdana Menteri (JPM) turut menggunakan nombor pendaftaran palsu dan kereta mewah itu dilaporkan hilang di sekitar Bandar Baru Klang, Selangor.

Suspek yang mempunyai dua rekod jenayah lampau cedera di muka dan dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan.

Menurut Nazura, dia sekeluarga mendapati wajah pemandu BMW itu berdarah dan masih bernyawa lalu menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Sumber : hmetro.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved