Tujuh buah Steve Jobsschool kini dibuka di Belanda. Buku dan papan hitam konvensional tidak digunakan sama sekali dan digantikan dengan tablet buatan Apple. Sekolah SteveJobs tidak ada hubungan secara rasmi dengan Apple tetapi adalah sebuah program percubaan yang dijalankan oleh Education for a New Era untuk menghasilkan sekolah sifar kertas untuk masa hadapan. Pelajar yang berumur diantara 4 sehingga 12 tahun diberikan iPad yang akan digunakan untuk belajar dan medium berinteraksi dengan guru sekolah. Pelajar digalakkan berhubung dengan tenaga pelajar menggunakan Skype, Facebook dan aplikasi khas yang dipanggil sCool Tool. Perkembangan akademik pelajar juga boleh diakses oleh ibu bapa pada bila masa menggunakan aplikasi ini.
Secara keseluruhan 12 buah Steve Jobsschool akan dibuka dan menjadi platform percubaan projek Education for A New Era. Tablet iPad akan diberikan pada pelajar prasekolah sahaja di 10 sekolah manakala di 2 buah sekolah lagi pelajar akan diberikan iPad tanpa mengira umur. Seperkara lagi yang unik dengan sekolah ini ialah waktu belajar dan cuti pelajar tidak ditetapkan oleh sekolah. Guru dan ibu bapa boleh menetapkan sendiri bila pelajar harus pergi ke sekolah. Modul pelajaran boleh dimuat turun dan dilakukan di rumah sekiranya perlu. Ini sememangnya sekolah yang tidak konvensional. Adalah penggunaan tablet sepenuhnya sebuah langkah yang bijak? Sekiranya projek sebegini dimulakan di Malaysia adakah anda bersedia membenarkan anak anak menjadi tikus Guineanya?
Sumber : DutchNews
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment