Zed Zaidi tidak kenang budi ahli - Ezany

on Monday, 22 July 2013





Ezany Nizariff menunjukkan surat bukti aduannya kepada seniman yang sebelum ini tidak dilayan. Bagaimanapun pelakon ini berjaya menyelesaikan masalahnya setelah dibantu oleh presiden karyawan, Datuk Freddie Fernandez (kanan) dan ahli jawatankuasanya yang lain termasuk Din Maidin (kiri).

PELAKON Ezany Nizariff kesal dengan kenyataan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi yang mendakwa dia seperti kacang lupakan kulit kerana membelakangkan persatuan.

Menurut Ezany, sebelum dia membuat laporan polis berhubung isu tunggakan hutang syarikat produksi terhadapnya, dia sudahpun menghantar dua surat kepada Seniman, selain beberapa kali menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dan membuat panggilan telefon.

"Setelah berusaha melalui saluran yang betul tetapi tidak dilayan, barulah saya membuat laporan polis berhubung isu tersebut.

"Setelah isu ini mendapat perhatian daripada pihak media, barulah Seniman tampil dan berkata akan cuba menyelesaikan perkara tersebut," katanya yang ditemui sewaktu Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim Darul Taqwa, di sini semalam.

Tambah Ezany, kenyataan dibuat Zed dalam media sebelum ini sesuai ditujukan kepada dirinya sendiri. Ini kerana sebelum dilantik menjadi presiden, dia bertekad mahu membantu menyelesaikan masalah ahli-ahli.

"Kenyataan tidak kenang jasa itu lebih sesuai dituju kepada dirinya sendiri.

"Zed kini umpama seseorang yang berbeza setelah menjawat jawatan presiden. Mungkin dia terlalu sibuk dengan urusan-urusan lain tetapi kebajikan ahli harus menjadi keutamaannya," ujarnya.

Berhubung isu dirinya mendapatkan bantuan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Ezany berkata persatuan itu yang tampil untuk menghulurkan bantuan walaupun sewaktu itu dia belum menjadi ahli mereka.

"Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez tampil untuk membantu menyelesaikan masalah ini, sedangkan saya bukan ahli Karyawan pun. Dan sudah pasti saya akan menerima bantuan mereka, masalah saya akan diselesaikan.

"Setelah itu barulah Seniman memberikan jawapan dan akan berusaha untuk menyelesaikan isu ini. Namun begitu semua sudah terlewat dan mereka pula tidak mahu bekerjasama dengan pihak Karyawan," jelas Ezany lagi.
sumber : http://www.utusan.com.my/
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

fendi said...

zed zaidi tu perasan bagus...


23 July 2013 at 08:16

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved