Baru saja berniaga mereka sudah ada pelanggan tetap dan salah seorangnya ialah Hazlee Ramlee yang bekerja di butik jam tangan berhampiran kawasan itu. Setiap hari Hazlee akan ke gerai Ako kerana nasi dan lauk-pauk yang dijual menepati seleranya.
“Sejak hari pertama Ramadan, saya membeli makanan di gerai ini. Bukan senang nak mencari juadah yang sedap di Bazar Ramadan. Memang macam-macam ada di bazar tetapi bukannya semuanya sedap.
“Apabila sudah berjumpa yang saya suka, saya terus setia dengan gerai Ako. Bukan kerana ia gerai artis tetapi makanan yang dijual memang menyelerakan,” katanya ramah.

Melihatkan sambutan yang baik itu, Ako dan Tina terus bersemangat dan berharap tahun depan mereka dapat berniaga lagi di bazar Ramadan.
“Ini kali pertama saya dan isteri berniaga di bazar dengan menjual nasi tomato, nasi hujan panas, nasi ayam hailam, nasi minyak dan nasi beriani. Semuanya kami masak sendiri. Saya sukakan masakan yang disediakan Tina dan adiknya jadi apabila dapat peluang berniaga, saya yakinkan diri untuk mencuba.
“Alhamdulillah menjelang waktu berbuka, semuanya habis dijual. Mulanya saya agak kekok juga berniaga di bazar tetapi selepas dua tiga hari saya relaks dan rasa seronok. Ada yang tidak perasan wajah saya kerana mereka asyik menunduk memilih nasi dan lauk pauk. Ketika mereka mendongakkan muka untuk membayar barulah ada yang perasan siapa saya.
“Awalnya tapak ini sudah penuh tetapi pada saat akhir orang yang sepatutnya berniaga di gerai ini tak jadi pula. Rezeki kamilah nampaknya. Tetapi saya tidak letakkan nama gerai ini dengan nama saya kerana bimbang apabila peminat mencari saya di sini nanti, saya tak ada pula kerana terbabit dengan penggambaran drama dan urusan lain.
“Yang mana tahu ini gerai saya, tahulah. Berikutan sambutan yang baik saya dan Tina berhasrat untuk terus berniaga pada tahun depan dan mencari lebih banyak tapak,” katanya.
Ako atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha juga berniaga biskut raya. Jika tahun sebelumnya, Tina membuatnya sendiri tetapi dengan kelahiran cahaya mata kedua mereka, Tina tidak ada banyak waktu lapang.
Menurut Tina, dia mengambil kuih daripada pembekal tetapi dia tetap mementingkan kualiti dan rasanya.

sumber : http://www.hmetro.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment