Reda pemergian ibu

on Friday, 19 July 2013

Kedatangan Ramadan tahun ini menghidangkan suasana berbeza buat penyanyi Mohd Yusrizan Yusop atau Bob (AF2).
Katanya, pengalaman pertama menjalani ibadah puasa tanpa ibu tercinta, Rosnah Tuah yang pulang ke rahmatullah pada September tahun lalu akibat kanser adalah situasi baru yang perlu diterima­nya.
Walaupun mengakui emosi dan fikirannya lebih stabil dan reda selepas hampir setahun pemergian ibunya, kesayuan itu kembali menggamit apabila Ramadan bertamu.
“Alhamdulillah, saya sudah okay dan tidak murung lagi. Sudah hampir setahun pun ibu ­tiada cuma bila bulan puasa datang tentulah rasa lain juga.

KEDATANGAN Ramadan mengingatkan Bob kepada arwah ibu tercinta.

“Inga­tan itu tidak­ pernah putus hendaknya apabila tiba Ramadan dan Syawal tidak lama lagi. Tapi saya dan keluarga reda dan cuba menyesuaikan diri dengan ketiadaan ibu,” katanya.

Bagaimanapun, pe­nyanyi lagu Cinta Se­orang Teman itu berkata, dia bertuah kerana kesibukan jadual seni di Kuala Lumpur dapat me­ngalihkan ingatannya kepada arwah ibu setiap masa.

“Mujur juga tahun pertama berpuasa dan beraya tanpa ibu ini saya kembali sibuk de­ngan aktiviti seni di Kuala Lumpur.

“Agak­nya kalau saya di Sarawak tentu rasa lebih sedih dan kehila­ngan juga dalam bulan puasa kali ini, tapi saya lebih kasihan pada adik dan abah di kampung kerana mereka depan mata dan tentu lebih kekok tanpa ibu,” katanya yang sibuk dengan pelbagai undangan nya­nyian dan maj­lis amal.
sumber : http://www.hmetro.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved