Menurut Musa, tajaan diberikan untuk membantu KLPAC dalam memastikan kesenian dapat dinikmati semua masyarakat dengan memastikan harga tiket yang berpatutan dan semua program yang dihasilkan diterima baik oleh semua pihak.
“Ini bukti sokongan dan penghargaan YSD kepada KLPAC. Ia adalah satu cara melestarikan industri kesenian agar terus maju dengan memastikan KLPAC terus berupaya sebagai pengeluar karya kreatif di negara ini. Sebagai penyokong kesenian, kami sedar bahawa sukar untuk KLPAC menjadi mandiri, seperti juga pusat seni persembahan di Singapura dan Eropah sekalipun dengan sejarah seni persembahannya yang panjang.
“Mereka tetap memerlukan bantuan kerana hasil jualan tiket daripada persembahan oleh penggiat seni tempatan saja masih tidak mencukupi. KLPAC menjalankan tugasnya dengan cemerlang dalam tempoh lapan tahun lalu sebagai satu-satunya pusat seni yang menyediakan ruang, bahan, pendidikan dan latihan untuk semua,” katanya.
MUSA menyampaikan dana bernilai RM3 juta kepada Faridah dan Joe.
Menurutnya lagi, pusat ini sudah melahirkan bakat-bakat dan produksi bertaraf dunia, yang memenangi banyak anugerah penting. Ini membuatkan YSD menyokong peranan KLPAC dalam meningkatkan industri seni persembahan di Malaysia kerana menyediakan pelbagai peluang kepada artis tempatan untuk menghasilkan kandungan kreatif yang berkualiti.
“Perkongsian ini diharap membawa kepada peningkatan profil artis tempatan yang akan menyumbang kepada kerancakan seni persembahan di Malaysia,” katanya yang menyerahkan tajaan kepada Faridah dan Joe Hasham.
Sementara itu, Faridah berasa lega dengan bantuan dihulurkan YSD itu. Sebelum ini, dia sudah merangka pelbagai program seperti menganjurkan majlis Gala Perdana Di Pentas 1 pada 22 dan 23 Disember lalu, namun ia belum mencukupi untuk menampung kos operasi yang besar setiap tahun.
“Krisis ekonomi yang melanda pada 1997 meninggalkan kesan kepada KLPAC di mana kini hanya tinggal dua daripada 12 penaja yang aktif menyumbang. Bantuan ini memberi kelegaan buat pentas yang berdiri megah di Sentul, Kuala Lumpur yang sudah beroperasi selama tujuh tahun ini. Apatah lagi KLPAC seringkali menjadi tumpuan penggiat teater majmuk.
“Sebenarnya situasi ini bukan terjadi kepada KLPAC saja, tetapi turut berlaku terhadap pusat kesenian lain di luar negara. Kami perlu segera mencari dana untuk menggerakkan aktiviti di KLPAC. Sebenarnya situasi ini bukan terjadi kepada KLPAC saja, tetapi turut berlaku terhadap pusat kesenian lain di luar negara.
“KLPAC bukanlah sebuah organisasi yang mencari profit. Bahkan jualan tiket juga tidak mampu menampung kos produksi dan lain-lain yang berkaitan. Gabungan daripada kutipan derma, bekues, geran kesenian dan tajaan boleh menyumbang sehingga 60 peratus kepada pendapatan sesebuah badan kesenian.
“Walaupun dilanda masalah kewangan, ia bukanlah alasan untuk mengganggu misi kami bagi memaju serta membangunkan industri seni kreatif tempatan. Sejak dirasmikan pada 2005, 400 buah produksi sudah dipersembahkan. Pada 2009, sebanyak 159 kumpulan seni menerima subsidi daripada KLPAC. Pada 2011, sebanyak 143 karya baru dipersembahkan manakala Orkestra KLPAC sudah melatih 350 pemuzik.
“KLPAC ditubuhkan selepas kemusnahan kompleks Plaza Putra akibat banjir, dan kami tiada pilihan selain bersuara kepada masyarakat untuk mendapatkan pembiayaan dan mereka telah menyambutnya dengan kebimbangan bahawa KLPac akan ditutup.
“Syukur alhamdulillah YSD mendengar suara kami dan sumbangan yang dihulurkan hari ini telah menjawab kebimbangan orang ramai bahawa KLPac akan terus wujud. Sebenarnya pengagihan sudah pun dibuat bagaimana wang ini akan disalurkan. Terima kasih YSD,” katanya dalam nada gembira.
sumber : http://www.hmetro.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment