Ramli MS Dan Alyah Sudah Bernikah Senyap Senyap?

on Thursday, 11 July 2013

Ramli MS Dan Alyah Sudah Bernikah Senyap Senyap? - Terbakor

Berita mengenai perkahwinan mereka memang mengejutkan ramai pihak di dalam industri hiburan Malaysia. Yelah, macam mana nak percaya sedangkan kisah cinta mereka berdua ini sudah lama senyap dan dengarnya sudah pun putus dipertengah jalan. Bila pula hubungan mereka kembali bertaut ya?
 
Tiba-tiba khabar angin tentang (Gambar) Dato` Ramli MS dengan (Gambar) Alyah kononnya sudah pun kahwin senyap-senyap. Menurut sumber Murai Batu, Berita ini pun perolehi daripada seorang rakan yang boleh dikatakan agak rapat jugalah dengan pengarah muzik terkenal, Dato` Ramli MS. Dia beritahu rakannya itu ada terlepas cakap yang beritahu pengarah muzik itu rupanya sudah berkahwin dengan penyanyi Alyah.
Malah turut diberitahu, pasangan lama bercinta ini sudah pun bernikah selepas Alyah mengerjakan umrah baru-baru ini iaitu selepas dia mengambil keputusan untuk berhijab penuh. Bila dikira-kira balik, maknanya sudah lebih 2 bulan ke mereka berkahwin? Yelah tak silap, Alyah pulang dari umrah pada awal April yang lalu kan?
 
Alyah Tinggal Serumah Dengan Ramli MS
 
Malah, didengar lagi, Alyah sudah pun tinggal bersama dengan Ramli MS di rumah pengarah muzik itu yang terletak di Bandar Kinrara, Puchong. Betul ke apa yang khabar angin yang didengar ni? Kami sendiri sukar hendak percaya kerana apa yang menjadi musykilannya, jika benar mereka sudah berkahwin tetapi mengapa masih mahu merahsiakan daripada pengetahuan peminat?
 
Namun, tak mungkin pokok boleh bergoncang jika tiada angin yang meniupkan kan? Sedangkan, seperti yang kita ketahui yang mereka tidak perlu buat begitu kerana apa yang dimaklumkan sebelum ini tahu kedua-duanya single. Yelah, apa yang nak disembunyikan lagi, lain lah kalau Alyah bernikah dengan suami orangkan?
Kesahihah Perkahwinan Alyah – Ramli MS
 
Entah lah, mungkin sebenarnya dah lama dengar cerita ini, tetapi tak tertanggung lagi bila ada juga yang bertanyakan mengenai kesahihan berita ini dan ia membuatkan ramai peminat teringin sangat nak tahu.
 
Apa-apa pun, kami terlebih dahulu ingin meminta maaf jika cerita yang  didengar ini tidak benar sama sekali. Tetapi jika benar, harap mereka dapat kongsikan bersama dengan media dan peminat di luar sana. - Portal Murai
sumber :http://terbakor.com/ 
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved