Mounira, 8 Julai – Bimbang dengan keadaan Mesir yang tidak menentu, pelajar-pelajar perubatan Universiti Kaherah kini bersedia dengan apa jua cara demi keselamatan mereka. Sebelum ini mereka menyimpan parang dan pisau di bawah bantal namun kini ada yang membawa senjata api bersama-sama.
Penempatan mereka yang cuma 2km dari Dataran Tahrir, menambah lagi kegusaran. Baru-baru ini dilaporkan berlaku pertempuran di Manial, bersebelahan Fakulti Perubatan Universiti Kaherah yang mengorbankan puluhan nyawa dan menghabiskan bergelen-gelen darah.
Beberapa pelajar yang ingin melarikan diri dengan pulang ke Malaysia juga menzahirkan kebimbangan kerana jalan-jalan utama di sekitar mereka ditutup dan pengangkutan awam tidak beroperasi.
sumber : http://blog.akudarahanakmalaysia.net/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment