Nurul Akui Lebih Seksi & Open Sebelum Kenal Eric Depp

on Tuesday, 9 July 2013

Menarik juga cara penulisan Nurul Wahab di laman blognya. Ada bakat menulis juga rupanya isteri kepada Eric Depp ini. Dalam entri terbarunya, panjang lebar juga Nurul menulis mengenai kritikan orang ramai terhadap dirinya selepas bersuami dengan seorang lelaki Mat Salleh.
Sebahagian daripada kritikan itu menyatakan kerana Nurul berkahwin dengan Mat Salleh, maka gaya Nurul turut sama terikut-ikut dengan budaya suaminya. Menariknya Nurul menafikan perkara tersebut dan mengakui dirinya lebih seksi sebelum bertemu dengan Eric. Kata Nurul:-

Ada pula yang berkata, sebab kawin mat saleh, terikut-ikut mat saleh. Nak saja aku katakan, aku lebih sexy dan lebih open sebelum aku kenal mat saleh yang bernama Eric Depp ni. Cuba lihat gambar lama aku dari tahun 2007 hingga 2010. Mungkin ada yang tak berapa kisah masa tu sebab tak ramai rakan artis aku yang berhijab; serta masa tu kalau ada yang mengutuk pun hanya di belakang – belum ada instagram untuk meluahkan kata-kata sinis atau cacian mereka.
Kritikan yang diterima oleh Nurul kebanyakannya datang daripada wanita yang berhijab. Bagi Nurul, cara teguran mereka tidak betul. Tambah Nurul lagi:-

Aku tak kisah ditegur. Cuma ada caranya. Banyak kali aku katakan sebelum ini, jika mahu menasihati orang lain atau menegur untuk ke jalan Allah, ada caranya. Jangan kerana ayat-ayat bisa kita, membuatkan orang lain tak hormat dan langsung membenci agama Allah yang mulia ini. Lagipun jika dikomen di laman-laman social sebegitu, semua orang boleh baca. Aku punyai ramai peminat yang bukan melayu dan bukan islam juga. Bagaimana pandangan mereka untuk si pengkomen yang negative dan sentiasa merendahkan artis? Kebanyakkan yang memberi komen adalah mereka yang berhijab.

Hmmm. Abang Nara tak sempatlah pula nak membaca bagaimana teguran yang diberi. Mungkin memang keras sangat sehingga Nurul tidak boleh menerimanya. Mungkin ada sampai kutuk dan caci tak ingat dunia punya. Agaknya itulah punca Nurul sukar untuk menerima teguran tersebut. Apa pun, Abang Nara tengok Nurul pun memang tak berapa seksi jika nak dibandingkan dengan dulu. Semoga di masa hadapan, akan dapat berubah jauh ke arah yang lebih baik. Sama-sama kita doakan
sumber : http://beautifulnara.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© INFO SANTAI All Rights Reserved